Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: MULTIMEDIA DALAM BAHASA

MINGGU 1 12/9/2018




Kali ini aku teruskan cerita di entri ini tentang permulaan kuliah aku selaku pelajar sem 7 yakni tahun akhir bagi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.


Bermulanya sesi kuliah untuk semesta 7,kelas pertama pada semesta ini adalah Multimedia. Pada minggu ini pelajar telah diberikan penerangan tentang kursus ini oleh Prof Dr.Normaliza Abd Rahim. Beliau telah menerangkan rangka kursus ini yang akan dijalani oleh pelajar selama 14 minggu kuliah.

Pada hari tersebut juga,Prof Dr Normaliza telah meminta pelajar membentuk kumpulan dan perlu memberi nama kumpulan yang mana setiap satu kumpulan perlu terdiri daripada 10 orang. Seterusnya, menerangkan apa barangan yang perlu kami bawa bagi sesi kelas terusnya untuk membuat aktiviti yang akan diarahkan oleh beliau. Antara barang tersebut adalah 6 keping Multing board,majalah yang glossy, gunting, gam uhu,riben,penebuk kertas dan pisau kecil. Jadi apa agak-agak tugasan Prof N ini ye???? Jeng..jeng..jeng

No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....