Wednesday, October 24, 2018

BBM3410/18: JATUH CINTA DENGAN PROLOG MEDIA

.
.
.

Pada kali ini, aku nak cerita hal  syarikat penerbitan  iaitu Prolog Media. Aku sendiri dah tak ingat macam mana aku boleh kenal dengan penerbit ini tapi yang pasti dari instagram melalui bookstagram laa kot, sebab aku tertarik dengan kupasan atau ulasan tentang buku-buku pengeluaran Prolog Media ni. Dalam tengah cari stok pembacaan, gembira tak dah cakap kat siapa weyy...bertambah penerbit yang dalam senarai aku akan beli.

Penerbitan ini menarik pada pandangan aku sebab genre dia yang lain daripada lain. Memandang aku jenis suka semua genre sebenarnya, aku tak fokuskan mana-mana jadi bila jumpa buku-buku penerbit ini memang 'makanan' aku juga genre macam ni. Hahaha...

Serius aku cakap lepas tengok je ulasan kat  instagram punya berkobar-kobar tu, buka En. google pergi di goodreads kat situ banyak lagi aku baca semua cakap sedap. Setelah seharian dan bawak ke dua hari,huhu..aku usha je semua buku-buku tu maka dah buat keputusan dan beli 2 sahaja dulu. Orang cakap jangan tamak nanti rugikan

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal masa itu jugak ada promosi kebetulan sempena  bulan merdeka mungkin tawaran 3 buku RM70. Otak aku dah ligat fikir patut tambah 1 lagi tak sebab memang niat nak beli lain kali pulak,haa.. fikir-fikir ertambah laa jadi 3. Nafsu datang lagi..jeng3..maka tambah lagi 1. Kenapa aku buat keputusan tambah 1 lagi walau buku yang 1 tu bukan dalam pakej promosi, sebab limited edition bukan selalu dikeluarkan dan buku itu salah satu aku nak cuma niat bukan nak beli lagi. Akhirnya, semua 4buah aku borong.Pheww....

Kan aku dah cakap bab buku aku memang tak boleh kompromi selagi mampu, bila gila ku datang..hahhha..Jom usha buku ape buat aku gila sangat..tapi setelah baca keempat-empat buku tu. Kali tak menyesal habiskan duit semata-semata buku-buku ini. Malah aku rasa rugi kalau aku tak amik peluang beli.Hehe..

Pilihan pertama aku masa nak cuba penerbitan ini. Ini memang superbbb wey
 tak tipu 


Magis sangat ini memang buat otak aku berhubung habis bila babak meneka siapa pembunuh


Ni pulak...berapa banyak bintang dilangit kau petik lak berapa pun kau nak
memang semua bintang aku bagi la..(hiperbola sangat)


Buku yang menundukkan nafsu aku nak membeli, Ini laa aku kata tadi puas wey serius puas tak kesal aku habiskan duit untuk buku ni


Nak tengok ulasan versi aku untuk semua buku-buku di atas pergi kat instagram aku @hasmida_hilmi. Gambar-gambar itu pun ihsan dari instagram aku je. Ulasan hal buku ini dah macam satu hobi aku pulak, sebab aku senang hati nak kongsi apa aku baca. Bila orang baca apa yang aku baca aku rasa puas wehh...Pada ulat buku tu nak cari genre yang sedap dan yang tercari-cari kelainan kot nak berhijrah ke genre lain cubalah. TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan2..

Setakat ini dulu, nantikan kisah apa lagi aku nak membebel sepanjang kelas multimedia ini. Haha..




No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....