.
.
.
.
.
Entri kali ini izinkan aku bercerita berkenaan tajuk di atas.
Dengar sahaja UPM mesti orang-orang akan fikir "oh Universiti Pertanian" kalau pak cik mak cik yang dengar itulah jawapannya. Tak kisahlah Pertanian ke Putra ke sama je. Sedia maklumkan memang itu nama klasiknya. Ada juga yang melawak tak berapa lawak cakap " awak pelajar UPM? Awak kan Puteri macam mana boleh masuk?" Aku macam Krik...Krikk..Krik,,Ong..Ong..Ong. Nah, segala jenis binatang keluar bunyi.
UPM sememangnya laa univeristi penyelidikan yang popular dengan pertanian malah memang fakulti pertanian ini antara yang terhebat kat sini, tapi tak termasuk aku sebab aku budak BLM a.k.a Bahasa dan Lingustik Melayu bukan budak pertanian.
Macam mana aku yang budak tahun akgir ini baru menapak ke ladang itu, ini semua gara-gara subjek LAx2005 My Traveloge. Kalau tak entah bila akan sampai sini.Orang cakap bukan budak UPM laa kalau tak jelajah ladang sini kan.Huhu.. tapi memang niat nak pergi pun sebelum habis cuma kekangan masa jelah.Namun tidak untuk kali ini.
Benda yang aku suka kat ladang ini sebut pokok Lagenda Budak Setan tu, memang dah lekat nama tu pun pokok tu. Untung laa kau pokok urmmmm..
Tapi yang hampehnya bila masa aku pergi masa tu juga laa pekerja nak tanam rumput baru kat sana, aku macam apakah semua ini????? Kenapa!!!!!
MASA YANG AKU TENGOK (RUMPUT BARU TENGAH DITANAMKAN) |
APA YANG AKU TENGOK KAT GAMBAR GOOGLE |
Tidak mengapalah mungkin lain kali dah graduat nanti pokok ini kembali cantik kan,hehe..
Ladang ini juga ada beberapa jenis binatang yang dipelihara oleh UPM antaranya lembu tenusu, kuda, rusa dan kancil. Di sini, ada juga taman ekuin dan Muzium Anatomi Haiwan yang mempamerkan rangka dan organ dalaman sudah diawet Jadi, ladang ini juga mempunyai pakej edu pelancongan.
Masa aku pergi hanya mampu tengok lembu-lembu sahaja, ladang ni luas weh... aku dan kawan lain hanya berjalan kaki je. Memang penat balik bilik tak sedar apa pakej dengan sakit badan. Setahu aku kalau sertai pakej edu pelancongan itu senang sebab akan dipandu oleh sukarelawan atau pun pekerjanya.
Rasa dia tetap puas hati wey, sambil-sambil tenangkan fikiran tengok rumput-ruput menghijau rasa macam duk New Zealand, cewah..berangan. Nak-nak aku sempat juga laa minum susu segar kat sana. bukan percuma kena bayar. Cakap awal-awal ni.
Harga? Botol kecil RM8 sebotol dan botol besar RM9 sebotol. Berpatutan laa kan.. sedap lagi, kepada pencinta susu boleh laa cuba. Pada bukan pencinta susu yang mengharapkan perisa coklat, strawberi ke apa-apa. Kau ingat ini Dutch Lady Maaf banyak-banyak tak ada erk.Harap maklum.
Harga? Botol kecil RM8 sebotol dan botol besar RM9 sebotol. Berpatutan laa kan.. sedap lagi, kepada pencinta susu boleh laa cuba. Pada bukan pencinta susu yang mengharapkan perisa coklat, strawberi ke apa-apa. Kau ingat ini Dutch Lady Maaf banyak-banyak tak ada erk.Harap maklum.
Maka ini jelah yang yang mampu diambil sebab fokus pada tugasan Lax tu sebenarnya.
PINTU MASUK LADANG 16 |
LADANG LEMBU TENUSU |
SUSU SEGAR DARI LADANG MAMPU BELI YANG KECIL JE.. |
KUMPULAN LAX YANG SAMA-SAMA TURUN DAN DAKI TANAH BERBUKIT ITU |
Sampai sini dulu laa kot kali ini.
No comments:
Post a Comment