Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: MULTIMEDIA DALAM BAHASA

MINGGU 1 12/9/2018




Kali ini aku teruskan cerita di entri ini tentang permulaan kuliah aku selaku pelajar sem 7 yakni tahun akhir bagi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.


Bermulanya sesi kuliah untuk semesta 7,kelas pertama pada semesta ini adalah Multimedia. Pada minggu ini pelajar telah diberikan penerangan tentang kursus ini oleh Prof Dr.Normaliza Abd Rahim. Beliau telah menerangkan rangka kursus ini yang akan dijalani oleh pelajar selama 14 minggu kuliah.

Pada hari tersebut juga,Prof Dr Normaliza telah meminta pelajar membentuk kumpulan dan perlu memberi nama kumpulan yang mana setiap satu kumpulan perlu terdiri daripada 10 orang. Seterusnya, menerangkan apa barangan yang perlu kami bawa bagi sesi kelas terusnya untuk membuat aktiviti yang akan diarahkan oleh beliau. Antara barang tersebut adalah 6 keping Multing board,majalah yang glossy, gunting, gam uhu,riben,penebuk kertas dan pisau kecil. Jadi apa agak-agak tugasan Prof N ini ye???? Jeng..jeng..jeng

BBM3410/18: INILAH TENTANG KU




.
.
.



Nama diberi Nor Hasmida binti Hilmi. Berusia 23 tahun dan berasal dari Kelantan. Merupakan anak pertama daripada 3 beradik. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Kala dan di ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong. Seterusnya, menyambung pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh sekejap sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong. Kini sedang menuntut di UPM Serdang tahun akhir dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu.


Satu bidang ilmu yang mendedahkan dengan lebih luas lagi untuk memahami disiplin ilmu secara ilmiah. Bidang yang membuka minda saya bahawa ilmu bahasa Melayu itu sangat luas untuk diterokai.  Di sini, aku berbangga kerana banyak ilmu yang dipelajari dalam kursus ini antaranya Semantik,Fonetik dan Fonologi,Stilistik,Psikolinguistik dan lain-lain lagi. Aku memang rasakan, bidang ini hebat dan aku  jatuh cinta akan bidang aku sekarang. Cinta yang pad awalnya dipupuk.hiiiii....Orang cakap tak kenal maka tak cinta. Itulah aku dan BLM (bahasa dan linguistik) ini.


Kadang-kadang aku nak tergelak bila fikir macam mana aku boleh sampai UPM dengan ambil jurusan ini. Sebab masa di STPM dulu sampai sekarang aku ingat kata-kata sendiri " lepas ni aku tak nak jurusan bahasa Melayu". Kata-kata ini terbit masa aku tingkatan 6 atas semesta 2. Bahasa Melayu STPM ajarkan aku  subjek ni bukan senang, sebab itu aku tak nak. Sekarang kau tengok kata-kata itu yang aku hadap.hahaha.... Allahu rancangan Tuhan kita tak boleh jangkakan. Kisah perjalanan aku sampai UPM dengan jurusan yang bukan pilihan aku ini , in shaa Allah aku ceritakan dalam entri seterusnya.  Kalau aku ingat laa..hahha.

Cukup di sini dulu....



Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....