Friday, December 13, 2019

Review Buku : Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama (Teme Abdullah)


Assalamualaikum dan Hai 

Kali pertama review buku kat sini, selalu buat di Instagram tak pun akaun Good Reads. Mungkin pemula untuk simpan sini pulak...Ok, mula dengan penulis aku minat.


TAJUK : EMPAYAR  HIKAYAT PUTERA TANPA NAMA.
KARYA: TEME ABDULLAH
MUKA SURAT: 346 HALAMAN

Baru sempat tamatkan sebab kekangan masa dengan komitmen kajian ilmiah aku yang masih dalam proses disiapkan. Jadi dengan muka surat 346 ini agak lama masa diambil selalu boleh habiskan satu/ dua hari sahaja kali ini tak.

Karya yang berlainan dengan jalan cerita keluaran siri Jalanan. Kali ini betul-betul fiksyen imaginasi penulis.Tahu apa aku love teruk pada buku jenis ini. Sebab ada elemen Klasik + Futuristik (Berhubung masa depan). Sebab aku asyik sangat masukkan jiwa dan fikiran ke zaman klasik itu.Wow, i like it. Tenggelamnya aku ke zaman itu.

***

Penulis jadikan latar masa cerita seperti zaman-zaman Kesultanan Melayu dan jadikan latar masa kini satu keadaan masa lampau. Satu masa yang berdekad lepas.Yang ni bila di bab Kawah Lumpur, Pulau Singa kita perasan dari penceritaannya.Bila disebutnya nama-nama tempat seperti: 

Madrasah Taming sari - Melaka
Kawah Lumpur - KL
Pulau Singa - Singapura


Cerita imaginasi tentang tempat yang tak asing pada kita itu, diubah jadi hal lain...itu pada andaian aku sepanjang baca.

Al-kisah, terciptanya satu latar tempat iaitu Kerajaan Kesultanan Aradhanapura yang mengambil penuntut terpilih untuk belajar menjadi pahlawan. Dengan pelbagai peraturan termasuk tidak memakai nama sebenar hanya dikenali dengan penuntut bernombor. Watak utama 8492 dan antagonisnya 1636.

***

Hal di highlight adalah isu 'penunggang agama".Di sini, adrenalin aku bermula saat perdebatan antara 8492 vs 1636 tentang isu cinta. Dek kerana kawan baik 8492 iaitu 6480 difitnah mencemarkan kesucian madrasah kerana berhubung dengan tunangnya.Banyak hadis, ayat Al-Quran di guna sepanjang pendebatan ni. Dua bab kot dihuraikan. Banyak hadis dan ayat Al-Quran diguna untuk beri hujah dan justifikasi. Aku rasa memang perlukan penyelidikan, rujukan dan pembacaan yang tinggi untuk ulas benda ni. Syabas buat penulis. 

***

Satu lagi aku suka bab Doa Makan. Sebelum ni aku dengar masa nak cari parking kereta orang cakap dekat aku jom baca doa makan. Pada aku mula agak pelik tapi fikir logik tak salah pun itukan doa. Ada maksud sendiri. Maka, penulisan ini pun ada terangkan lagi detail mengenai doa makan saat Tuan Mursyid Bija (Pengetua Madrasah Taming Sari) asyik baca doa ni je.

***

Last aku suka, analogi yang penulis selalu gunakan dalam kebanyakan bukunya. Peminat buku Teme pasti tak asing dengan cerita analogi macam ni. Hal aku suka tentang karya Teme Abdullah. Analogi Roti dan Ikan ketika para penuntut mengembara ke Pulai Singa saat kejutan budaya para penuntut lihat adanya tempat pelacuran di situ. Ia, terkait dengan dakwah dan hidayah Allah.

Maka, tak rugi baca..dalam kita berfantasi diselitnya ilmu yang amat banyak. Ianya tidak kosong.

Quote Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama: 
" ILMU AGAMA INI UMPAMA SENJATA YANG BOLEH DIMILIKI SESIAPA. JIKA SENJATA ITU JATUH KE TANGAN YANG BAIK. AKAN DIGUNAKAN SENJATA ITU UNTUK MENYERANG YANG JAHAT NAMUN JIKA IA JATUH KE TANGAN YANG JAHAT AKAN DIGUNAKAN SENJATA ITU UNTUK MEMUSNAHKAN YANG BAIK"







No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....