.
.
Assalamualaikum dan Hai....๐
Rata-rata yang menonton drama ini mesti akan kata sedih. Yup, semestinya aku sendiri berlinangan air mata. Lepas habis drama ni baru aku tahu kisah ini inspirasi kisah benar dari seorang hamba Allah bernama Hussin.Yang dikenali penduduk seorang gila.Namun dalam drama ini watak diberi nama Firdaus lakonan Syazwan Zulkifly. Skripnya ada diambil dari arwah Hussin itu dan semestinya ada tokoh tambah dalam penceritaan itu lumrah dalam adaptasi.
Maha Suci Allah, Dia ciptakan apa yang di bumi bersebab dan kebijaksanaan-Nya mengatasi segala. Hanya datangkan seorang yang bukan normal untuk dijadikan iktibar kepada manusia normal. Sesungguhnya nasib seseorang tidak sama. Qada dan Qadar hidup Si Firdaus a.k.a Hussin ini diuji dengan dugaan sebegitu di dunia.Nak tahu lebih lanjut hal Hussin itu sila godek Youtube ye.Huhu..
.
.
.
Kisah ini buat kita banyak fikir dan renung dengan kata-kata dan perbuatan Si Istimewa ini. Aku lebih suka sebut Istimewa berbanding Gila, kerana dia layak dipanggil sebegitu. Kisah yang penuh isi pengajaran.
1.
Babak Firdaus sering kongsi makanan pada SEMUT. Benda ni walau nampak macam tak masuk akal tapi kesannya buat kita fikir. kita hidup di dunia ini bukan manusia sahaja tetapi makhluk lain pun jadi penghuninya.Maka rezeki kita bukan hak kita saja dalam rezeki kita ada juga untuk makhluk lain.
2.
Daus tak nak kutip tahi cicak di karpet guna penyapu. Katanya pakai tangan lagi banyak pahala. Otak dia asyik fikir nak banyakkan pahala je. Walau cara dia agak pelik tapi hati dia suci jaga rumah Allah. Fikir sejenak, kita kadang-kadang nampak tahi cicak di masjid ada tak ringan tangan buangkan,atau harapkan "Ala..Tok Siak kan ada". Sedangkan sekecil-kecil perbuatan pun pahala.
3.
"Orang ada tangan ada kaki boleh cari makan sendiri arr"...Dia yang tak normal pun keluar kata yang bernas. Tak meminta,makan dia hanya sekadar untuk hidup dan abdikan diri bersihkan masjid je. Habis orang yang sanggup menipu untuk minta sedekah tu macam mana? Baik lagi dari si Tak Normal ini kan..๐
4.
Dia pakai berus gigi je sental tandas masjid.Katanya,aku bersihkan guna berus ni sebab nak dapat banyak pahala. Yalah,kalau berus besar cepat siap.Jadi,dia nak berlama-lama barulah bertambah pahala. Ayat dari si Istimewa ni selalu rentap hati. Macam mana pulak kita nak buat banyak pahala?
5.
"Kalau rasa diri tu kosong mengadulah dengan Allah.Insya-Allah"
Watak antagonis dalam drama ni dengan nakalnya tapi berubah hanya kerana Fiedaus. Pelbagai asbab untuk Allah berikan hidayah pada hambanya. Walau hanya seorang yang tak Normal.Hidayah ini pada awalnya mungkin datang daripada teguran orang tetapi jika Diri tak usaha berfikir dan belajar dan bertindak selari dengan teguran Tuhan maka ianya takkan jadi.
6.
"Kau malu dengan manusia ke Allah. Kau kena malukan Allah tau.Allah bagi kau semua,Allah tak minta apa pun dari kau, kenapa kau nak berkira dengan Allah"
Teguran dan nasihat itu jangan pandang pada siapa yang berikan. Ambillah teguran itu, segala bentuk kebaikan itu adalah Islamik bukan?
7.
Babak yang berair mata, permintaan terakhir Firdaus untuk azan.
Disebabkan dia selalu di masjid tengok orang solat, cuci masjid dan dengar ceramah di luar pintu. Siapa sangka dia boleh azan. Dengan hanya memerhati selama ini. Speechless dengan kuasa Allah mahu tunjukkan kebesaran-Nya.
8.
Kematian yng dicemburui. Orang yang dilihat kotor, busuk, jijik. Allah muliakan jenazahnya. Diganti dengan haruman semasa orang memandikan jenazahnya. Kita belum tentu dapat nikmat sepertinya. Jika di dunia pun Allah dah perlihatkan pada kita Insan ini istimewa.Agak-agak, di mana tempat dia? Mulianya disisi Pencipta.
Jangan kita berburuk sangka kepada orang lain, syurga dan neraka bukan kita yang berikan tetapi Allah. Biarlah penilaian Allah itu yang memilih siapa yang layak.
"Biar kita hina di mata manusia,asalkan kita mulia di sisi Allah SWT" :- (Ustaz Zaki,Insan Terpilih)
No comments:
Post a Comment