.
.
Kau rasa drama apakah yang buat aku meroyan tak habis-habis tu walau dah bertahun tengok. Kadang-kadang orang cakap aku ni 'over',hikhik...Nak buat macam mana tahap penghayatan aku tu super dalam tau tak.
Drama tu bertajuk SCARLET HEART RYEO . Siapa pernah tengok?
NI LAA DRAMA AKU HEBOH CITER TUUUUUU.... |
Drama ni berkisah tentang zaman Goryeo yang mana Hae So (IU) dari zaman moden secara tidak sengaja masuk ke zaman Dinasti Goryeo tu maka terperangkap dalam konflik dan perjuangan putera-putera dari Wang's House.Di sana, dia jatuh cinta dengan Wang So ( Lee Joon Ki).
Kisah percintaan merentasi masa, kebiasaan dah laa KDrama punya cite kan..Aku tengok pun sebab ramai sangat puteranya,ahha...7 ORANG, pelakon aku minat Nam Joo Hyuk walau wataknya dalam ni bukan utama.
Kenapa aku lambat move on? Memanglah dah biasa tengok drama Korea yang sedih-sedih macam Stairway to Heaven, Miracle in Cell No.7, Autumn in My Heart, Sad Love Story, Goblin dan blablabla....
Tapi secara peribadi aku tak pernah sesedih dan lambat nak hilang rasa tu, drama ni buat aku menangis bagai nak rak weii dan rasa hampa tu susah hilang Sebab satu demi satu watak dalam ni mati. Apa masalah entah hampir semua nak mati dan cinta tak kesampaian. Sakit tau tak.
1. Myung Hee meninggal lepas tahu suami sukakan perempuan lain iaitu Hae So tu laa.
2. Lady Oh meninggal demi selamatkan Hae So dan tak dapat mencintai Raja Taejo secara terang-terangan.
3. Raja meninggal selepas kehilangan wanita dia cinta.
4. Wang Eun meninggal bila baru je cinta berputik kepada isteri sendiri dan baru nak mula hidup baru.
5. Woo Hee tak dapat sempurnakan cinta dia dengan Baek Ah sebelum dia meninggal
6. Wang Wook baru menyedari dia cintakan isterinya selepas isteri meninggal dan tak sempat bagitahu.
7.Wang Won baru terlambat sedar dia cintakan Chae Ryung setelah wanita tu meninggal disebabkan dia.
8. Hae So tak sempat jumpa Wang So dan bagitahu dia cintakan lelaki tu sebelum meninggal.
9. Wang Jung sampai ke sudah tak dapat nak terus terang dia sukakan Hae so.
10. Wang So yang ni kemuncak sedih bila dia ditinggalkan semua orang termasuk adiknya yang paling rapat Baek Ah jadi sampai sudah dia sunyi selamanya.
Segala perjalanan citer yang banyak kehilangan nyawa dan cinta agak-agak gila tak tengok.Hahaha....
Pembunuhan demi pembunuhan terjadi pun sebab masing-masing tamak nak rampas kuasa nak jadi Raja, Gila kuasa weii. Tak sangka hubungan adik-beradik boleh sampai bermain darah demi tahta. Mula-mula elok je rapat, gurau lepas Raja Taejo meninggal semua kacau.
Yang tak boleh bincang tahap sedih watak utama Wang So, ditinggalkan macam tu je seorang. (Aku tak move on sebab ni laa). Sunyi weii tak tau nak citer kat siapa tahap kesian.Urmmmmm...
Sedangkan Hae So sebenarnya hidup lagi pada masa moden. Dan itu semua jadi aku rasa lepas dia lemas dalam tasik tu dan dia koma kot, tuu yang merentasi zaman Goryeo (pendapat aku) sebab tak diceritakan jelas yang ni, tapi Hae So zaman ni selalu mimpi buruk tentang mereka ni semua hingga menangis la walau dia sendiri tak faham kenapa selalu sangat mimpi tu datang.
Sampai satu ketika dia ke pameran gambar-gambar sejarah yang turut ada gambar Raja iaitu Wang So yang masa tu memiliki tampuk kepimpinan ayah dia Raja Taejo. Bila dia pandang gambar tu baru dia ingat memang dia pernah lalui sendiri apa yang dimimpikan tu dan kenal semua orang dalam mimpi dia tu. Sedih laa kan tinggal macam tu je kekasih hati yang hidup zaman tu dan selamanya sepi seorang diri. Nak gi cari tak boleh dah dunia lain-lain.
Macam dapat rasa kena tinggalkan semua orang dan jalani hidup tanpa orang tersayang. Sahkan keluarga, kekasih pun tak ada. Berair mata weh.
Itu laa puncanya aku tak mampu move on, lebih-lebih kalau terdengar lagu ost WILL BE BACK. Rasa macam lagu untuk kematian je berputar. Maka jangan sesekali dengar lagi kalau tak nak murung. hahahha..
No comments:
Post a Comment