Sunday, November 4, 2018

BBM3410/18: MOHON ISNIN KULIAH SECARA ONLINE

.
.
.

Kali ni nak cerita apakah???? Urmmmm.....sebabkan aku masih ingat tugasan Prof N dalam cuti pertengahan sem, hari ni yakni Ahad maka berakhirlah Midsem sila ingat kolej semua yee.

Minggu akan datang Minggu 8 kan, Isnin semamangnya kuliah macam biasa walaupun Selasa kami cuti Deepavali,Hihi..menarikkan semua cuti kami nak pulun tambah-tambah bila dah ada kat rumah. Macam-macam perangai yang keluar.Hahahaha. sabar la Prof kan pernah jadi pelajar jugak.Heheheh

Asalan kami?  Ada yang nak buat maruku laa, nak beraya jugak laa lagi-lagi  nak gi rumah terbuka uncle muthusamy la, rumah Gopal laa.. tetiba dari tak ada jiran India buat-buat ada kannn.Permohonan cuti ni kami pinta dengan harapan Isnin hanya ada kerja online je dari Prof.

Nak tahu apa arahan diterima?  Ambik gambar tangan buat OK dan post
dalam Instagram masing-masing berserta hastag #SayaMohonKuliahIsninSecaraOnline. Ada syaratnya tau? Wajib ada 80 pelajar cukup tanpa tertinggal seorang pun. Demi itu, kami pun sebulat suara buat beramai-ramai sebab nanti akan di periksa oleh Prof malam tu jugak.



NI LAA GAMBAR OK DARI KAWAN-KAWAN SEKELAS AKU COMEL JE SEMUA MACAM-MACAM BENTUK DAN GAYA DEMI PROF TERSYANG DAN DEMI CUTI.






DI CUMA SEBAHAGIAN JE TAU TAK KUASA AKU NAK SCREENSHOOT 
BANYAK-BANYAK

Ternyata malam tu memang Prof periksa dan like satu-satu, hah jangan main-main dengn Prof kami. 

Malam tu alhamdulillah dapat tugasan dari Prof arahan melalui Blog beliau berbunyi ayat-ayat yang buat hati kami yang mengharap itu turun naik je nak tahu keputusan. Ayat-ayat dia berbunyi macam ni sila rajinkan diri buka link di bawah :

http://aammwa.blogspot.com/2018/10/bukan-dia-yang-cantik.html

Prof ni memang kelakar dan sempoi baq hang.....hahhaha.  Dengan segala ayat-ayat dia tu ternyata tugasan diberikan  dengan sukacitanya kami perlu menonton TV ALHIJRAH tengok Prof kami dalam tu untuk ambik gambar Prof ok. Itu laa al kisahnya nak sangat kuliah secara atas talian,heeee....

Eh jap.... gambar OK versi aku tak belanja lagi kan..



TARAAAAA.......comel tak comel tak. Baik, sila puji. Terima kasih.hahaha


Ceritanya bukan aku saja-saja nak gi ambik OK kat sini erk, ni aku buka whatsapp tengok kat group kelas dapat arahan tu, kebetulan memang ada kat sana bawa kawan aku budak Nogori tu jalan-jalan sini jadi teruk snap laa...

Rasa setakat ini dulu laa, jumpa entri akan datang.....






No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....