Wednesday, November 7, 2018

BBM3410 /18: MEMANIPULASIKAN SYAITAN






Berdasarkan tajuk tu kau rasa macam mana tu?

Ini aku dengar dari sahabat aku, dari perkongsiannya pada aku. Jadi aku nak kongsi balik pada pembaca yang sudi melawat dekat blog aku yang tak seberapa ni laa...terima kasih ye.

Bagi mengubah diri kita ke arah lebih baik sememangnya tak mudahkan? Ya. aku tau tu... sebab kekuatan dalam tu perlu kuat untuk terus beristiqomah.

Memanipulasikan  syaitan ni salah satu cara yang patut kita praktikkan, jadi nampak laa kita berusaha menjadi lebih baik. Allah pandang usaha kita In shaa Allah dengan izin-Nya kita perlahan-lahan akan keluar dari maksiat, perkara lagha, dosa-dosa kecil yang kian membukit tanpa kita sedar.

Tak apa, kita sama-sama cuba perlahan-lahan.

Cara yang aku dengar dari sahabat aku tu adalah dengan cara DENDA diri kita sendiri bila kita buat dosa atau maksiat apa-apalah yang jahat. 

Macam mana pulak tu ye?

Dengan cara kau kena bertekad dengan diri sendiri dengan dosa kau buat tu kau perlu gantikan dengan amalan soleh atau apa sahaja perkara yang mendatangkan pahala walau cuma perkara kecil.

Contoh cakap kat diri sendiri:

1. Kalau terlepas solat subuh ke  kau akan baca quran 2 3 4 surah perlu habiskan.

2. Kalau aku buang sampah merata-rata kau akan bersedekah kat masjid.

3. Kalau aku mengumpat orang kau buat puasa sunat.

4. Kalau kau bergaduh dengan adik-beradik kau akan berzikir 1000 kali lepas solat.

Haaa, rasa cukup laa contoh aku bagi tu.Macam tu la. 
Kita tau syaitan ni sikap dia akan terus mengoda kita buat jahatkan maka setiap kali buat macam ni konon-konon syaitan akan pening nak goda kau apa lagi laa. 

Asal aku goda suruh buat ni manusia pergi buat amalan ni pulak haih.

Tu diaaaa laaa kan.Hahaha.

Jika kita tekad niat kerana Allah kita nak keluar dari kejahilan maka tak ada alasan kita tak mampu buat.

Kata kunci di sini ISTIQOMAH sebab tu aku cakap tadi kekuatan dalaman perlu kuat untuk gantikan tu, satu lagi JANGAN BERTANGGUH.

Satu kesalahan buat terus kau HUKUM diri sendiri. Jangan pulak hari ni aku tak mengaji  ok aku nak denda dengan bagi makan kat kucing jalanan. Pastu terdetik ehh esok laa aku denda yang ni. 

Jangann ya jangan... bila terbiasa macam ni nescaya untuk kau tak buat tu sangat tinggi. Sila BERDISIPLIN

Bagi aku perkongsian sahabat aku ni menarik dan nampak mudah, tapi ingat lawan nafsu itu perlu dan tahu tak mudah. Sekali lagi aku ulang kalau nak kita takkan bagi alasan.

Kita usaha sama-sama ya. Diri aku pun banyak khilafnya.Moga kita akan jadi manusia yang lebih baik. Aamiin.

JOM BUAT SAMA-SAMA !










No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....