Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18: GIGIHNYA AMBIK GAMBAR PROF KESAYANGAN

.
.
.

Masa cuti Midsem tempoh hari, aku ada citer kan kami sepakat satu kelas mintak Prof buat kelas secara online maka bermulalah tugasannya. 

Minggu ni hari Isnin 5 November 2018 di Tv Al Hijrah, Prof aku masuk TV oiiii.... dalam slot #bijaksiber . 

Jangan tak tahu aku pagi-pagi ni bukan jenis tengok sangat Whatsapp nak-nak lagi hari tu memang tak ada kelas maka kau rasa apa aku buat.Hahahhah....

Tapi nasib aku baik laa, tergerak hati nak buka. Terkejut beruk tengok dapat arahan kena tengok Prof Dr N aku ni live kat TV tu sekarang jugak...Berdesup buka laptop tengok live kat Youtube. Selamat sempat.

Dengan kegigihan yang dikerah sedaya upaya, ececeh... ayat tak gempak tak sah.

Snap..snap..snap laaa sampai penuh memori telefon jasa gambar cun Prof aku je,hihihi.....

Nasib baik laa Prof tak suruh swafoto dengan TV ke laptop ke tayang muka bahawasanya kami tengok Prof,kalau tak kantoi muka tak mandi lagi,hahaha.

Buat apa gambar-gambar ni?  Wajiblah masuk Instagram kami. Haah memang sem ni sangat-sangat kami gilakan famous,hahahha...

Tanpa membuang masa saksikanlah gambar yang aku rasa dah paling lawa sempat tangkap, bukan senang tau dalam tengak-tengah Prof cakap nak ambik, sebab dah kena warning jangan snap masa mulut dia terbuka, melopong ke apa.Hihi...

COMELKAN PROF DR NORMALIZA AKU,
BERSERI-SERI KATANYA MAKE UP ARTIS UOLLS



TU DIA ASHRAF MUSLIM JEJAKA PUJAAN RAMAI HOST DIA,
JADI SIAPA AKU NAK FOKUSKAN SEKARANG
PROF VS ASHRAF? 
Rancangan ni Prof di jemput untuk membincangkan tajuk Martabatkan Bahasa Melayu & Keharmonian Kaum. Dalam aku fokus kat Host tu dapat jugak tangkap Prof aku cakap. Kita orang Melayu penggerak utama kepada bahasa Melayu, kalau orang kita pun malu nak guna bahasa ibunda sendiri tambahan dengan kaum lain yang sah-sah bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bila laa bahasa Melayu nak berkembang. Jadi jangan malu-malu nak guna bahasa kita walaupun sedang bercakap dengan kaum lain.

Ayuh memartabatkan bahasa Melayu. BAHASA JIWA BANGSA !










No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....