Sunday, November 4, 2018

BBM3410/18: ASPURI SMKPK DI HATI

ASRAMA SMK PANGKAL KALONG




ASPURI gelaran untuk pelajar asrama perempuan. Mana-mana yang pernah duduk  asrama mesti tak asing panggilan ni. Aku memang penghuni tetap kat sini dari tingkatan 1-5. Umi yang pujuk suruh duduk asrama, aku masa ni rasa 50-50 je, baru habis UPSR nak kena duk jauh dari keluarga. Sekolah ni terletak di kawasan Ketereh alah nak kata jauh tak ada laa sebab aku tinggal kat Melor tapi jarak untuk aku ulang alik memang tak mengizinkan laa. Bayangkan aku kena pindah sini tanpa kawan sebab kawan semua akan ke SMK Melor iaitu sekolah sepatutnya aku pergi.

Ambik masa 2 tahun gak bermaksud tingkatan 1 dan 2 aku asyik ingat rumah je, malas je kalau 2 minggu balik nak kena mai sini azab weyyy rasa. Asrama ni memang ada ambil semua tingkatan, tapi akan di utamakan kuota kepada pelajar SPM dan PMR dulu. Jadi Tingkatan 1 pada masa tu cuma ada 3 orang tak silap. Agak tak ada geng tapi aku nasib baik ada seorang ni yang nama dia AMALINA, jadi kamceng dengan dengan je laa ke hulu ke hilir. PREP semua sebab budak SPM dan PMR malam dan petang ada kelas tambahan.

SEBELAH KIRI NI LAA KAWAN ASRAMA AKU TING 1 SAMA DULU KALI PERTAMA JUMPA KAT TANGGA
 DIA DATANG TEGUR
" AWAK FORM 1 KAN, KITA KAWAN OK"
TERUS DIA LARI NAIK BILIK MALU. KIH3.. COMEL BILA INGAT.


Selama 5 tahun duk sini, sah-sah banyak memori pahit dan manis, tapi yang banyak memang laa manis je ok. Aku mula jatuh cinta dengan asrama ni bila dah tingkatan 3 sebab masa ni geng-geng aku semua dah masuk asrama nak PMR kan.hiii... maka jatuh cinta tu tahap asrama bagi outing memang aku tak balik rumah dan minggu balik pun aku rasa malas nak balik.Haha tak balik mana aku nak makan????


Tanpa buang masa aku boleh kot mula dah panjang sangat mukadimah ni. Haha..tapi aku citer yang boleh je laa erk..sebab banyak sangat jadi sesetengah je aku cuba.

1. OUTING KEDAI WOK JEE...

   Kedai ni memang famous dengan pelajar sini,masa outing kebanyakan kawan sebilik aku memang jenis tak suka balik maka di sini laa menapaknya kami, apa kami suka? Aiskrim dia yang murah,haaa... jangan tak tau kat kedai Wok ni je kami boleh dapatkan cornetto RM 1 ok. Masa tu kan aiskrim tu tegah famous, Dekat je kedainya, lepas tulis nama kat pondok pengawal keluar beli sambil makan jalan-jalan tak pun kami makan sambil tengok TV kat bilik TV kami. Memang Wok pun ingat muka geng aku je menapak hujung minggu.Hehe..Sekarang dengar citer  kawan-kawan aku, Wok dah tak ada. AL -FATIHAH.

2. GADUH DENGAN BUDAK TINGKATAN 2

 Ni jadi masa aku Ting 5, Haha.. bila ingat rasa bodoh je.Budak ni kami panggil Dik Sha, budak ni tak duk sebilik dengan kami tapi memang rapat dengan geng bilik aku. Terutama aku dan Yana kawan aku. Mana ada kami dia pun ada, adoii rimas pun  yee gak. Tambahan lagi, dia ada laa gaduh dengan kawan baik dia maka sepanjang duk gaduh tu Dik Shaa ni tido bilik aku dan dalam ramai-ramai dia pilih nak satu katil dengan ku, adoi,, aku biarkan laa kesian.Tetapi yang buat aku bengang rupanya dia tido ganas weyy, kuak lintang, kena hempap nak2 lagi aku pernah laa jatuh katil sebab dia conquer katil bujang aku tu, Mak aihhh..panas weh, terus lepas tu aku sound cara lembut lagi yang aku tak suka. Senyap budak tu, adoi  jahat tol aku jujur sangat, lepas tu nampak laa dia berjauh hati tak mai kat geng aku dah. Tak sampai sebulan dia datang balik weh,,,ahhha. Nasib baik kami sayang, Muahhh...

3. KENA ROTAN DENGAN WARDEN
  
 Tak kena memang dia budak baik tol laa kan, tapi aku ni nampak je skema tapi dah berkali gak makan 'roti panjang' tu. Kali pertama kena Ting 2 sebab ikut akak Ting 3 yang malas turun surau. Berbirat tak pasal-pasal. Dengan terkejutnya serah tangan bila ustaz aka warden kami datang bilik dengan muka memcuka... yerla cuka takkan nak mai dengan muka bergula kan....tapi jangan sangka ku serik. hahaha.

 Aku buat lagi perangai tu masa Ting 3. Masa ni satu dorm aku tak turun surau + PREP. Lampu bilik kami buka laa, masa tu kami nak exam jadi masing-masing senyap dalm bilik bersama buku konon nak ulangkaji bilik tak nak turun. Sekali pintu di buka nampak rotan. Tercengang masing-masing, amik tudung berdiri tepi katil kena 1 das,,zup...... pedih ngilu weyy.


Turun laa kami tidak ke surau yee terus ke bilik PREP tak sanggup nak kasi muka yang baru kena rotan. Lepas tu masing-masing belek tangan urmmm gelak. Amik kau padan muka kan masing-masing.

Tapi kenangan tu laa yang best ye dokkk. LoL...

MUKA GENG KENA ROTAN..NAMPAK JE MUKA SUCI DALAM DEBU TAPIII.....


4. TELEFON KENA RAMPAS.. 

Benda ni jadi masa aku Ting 4, masa ni warden perempuan dah ada. Masa ni sekali lagi buat hal tak pergi surau, haah geng aku memang masalah ke surau agaknya sebab utama tak nak gi PREP. Bila gi surau memang kena laa gi PREP sekali sebab pagar tutup. Warden Perempuan ni ikut mood sikit kadang-kadang dia memang selalu ronda periksa budak tak turun surau + PREP tapi  kalau mood dia dia lepaskan je. Yang aku kena ni dah kantoi tak turun surau, tengah main telefon pulak. Jadi dia memilih untuk merampas dan biarkan kami tak turun surau.Haha.. 

Masa aku kena ni, timing canteekk je memang masa aku tengah baring sambil main telefon, dia datang tak sempat nak sorok sebab aku tergamam.Urmm terus dia amik dari tangan,Aku rela tak rela je. Lepas aku giliran telefon kawan aku pulak kena kebetulan tengah cas. Adoi...malam tu aku berdua kawan tu ke bilik warden tu nak merayu. Kali pertama aku kena, pertama gak aku merayu bagai nak rak supaya tak bagi kat pengetua telefon tu. Kalau tak akhir tahun baru aku boleh tuntut. Phewww... lepas kena sindiran pedas lembut hati gak nak bagi. Memang aku hantar balik telefon tu kejap.. lepas tu emmmm bawak lagi.Hahhah (MEMANG TAK SERIK)

5. SPOT CHECK

Asrama, biasalah benda ni.. tapi aku tak tau kenapa masa ada je spot chek mengejut ke apa mesti akan heboh,ada je yang akan dengar wartawan tak bertauliah mai cakap mungkin yang tak selamat bilik yang mula-mula laa kot, memandangkan bilik aku paling hujung jangka masa nak sorok tu memang sempat,Hahha..

Ingat lagi port kami bilik air kat bilik pili air yang kemain banyak lipas dalam tu selama ni takut nak masuk bila kelam kabut dengan beraninya masuk, 

Satu lagi dalam tin biskut yang penuh makanan, 

Kaki katil terdesak tuu kan boleh buka kaki katil masukkan telefon dalam tu,haha..

Atas tingkap tak pun letak luar tingkap dulu yang di masak jatuh tu memang satu hal nak panjat bangunan gi ambik,haha...

Stor simpanan bantal dan loker pun yee gak, tempat tu pergh bau dia hampak nak mampuih memang tak boleh bernyawa masuk kami redah nak sorok nak lagi cepat buat lubang lat tilam nah masukkan kat situ tutup dengan cadar.. aihh budak ni an tetiba jadi geliga bila masa spotchek weyy.. (saja nak pecah rahsia)

6. BEREBUT BILIK TV 
  
Benda ni jadi antara pelajar aspura dan aspuri, geng aku masa minggu tak balik rutin kami Jumaat malam tu dulu kan ada slot Mega Movie, citer omputeh yang best2 maka memang wajib kami tengok. Malam hujung minggu warden bagi kelonggar tak ada PREP, pagar tak tutup pukul 12 tepat. Tapi tu laa berebut sebab TV bilik aspura rosak memang tu punca kami asyik berebut nak tukar channel laa ape, last budak laki memang kena mengalah jugak hahah,, kan perempuan selalu nak menang, well... maka tengok laa sama-sama. 

Sebut hal TV, akan ada 2 rancangan kami akan mintak izin warden batalkan PREP semata-mata  nak tengok..

1- Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia.. nak2 dulu zaman aku sekolah The Red Warriors aka team Kelantan selalu masuk final. Bab ni kami aspura aspuri memang bersatu hati sama-sama tengok,yang tak suka bola pun jadi best sebab meriah, tapi bagi yang nak PREP teruskan laa.. geng aku?? Baik sikit buat kerja sekolah dulu,(sila percaya)

2- Rancangan ni, eksklusif untuk budak perempuan laa.. ANUGERAH JUARA LAGU.Malangnya di sini warden aku masa ni semua lelaki maka rasa-rasa Ustaz tu bagi ke,ahhhahh.... Ustaz macam nak tak nak je bagi. Memang ayat kami keluar " laki boleh tengok  kami nak jugak" kuasa ayat . Boleh laa kan...ahhaha tu pun pukul 10.30 lepas habis waktu PREP baru masing-masing congak kat situ. Urmmm  Ustaz kami tu kadang-kadang sporting jugak erk. Sekarang dah pencen rindu dia laa pulak,,, urmmm Rindu nak kena rotan ke?  Erkkk..

7. AKAK DEWAN MAKAN

Aku dan geng bilik ni jenis rapat dengan kak tukang masak tu, memang kadang-kadang selalu duk borak dan bergosip, hihi... sebab tu senang nak dapat makanan nak2 bahagian ayam kesukaan nak nasi lebih nak itu ini lebih. haaa... untung kan, haha....(tips sila mesra dengan akak kantin anda)

Akak-akak ni kaki sinetron wey... ingat lagi dulu masa drama Alisa pukul 2 an, tak silap aku ni. Kadang-kadang dalam bilik TV pun  geng aku PREP. Maka akak- akak ni laa aku jumpa duk bengang-bengang dengan drama dari seberang tu. Siap nak baling selipar tu sebab geram.ahhhhha...Adoi laa akak, nak tengok diri sendiri emosi. Sebab tu laa aku insaf dengan namanya sinetron.kah3...

Tapi aku tabik masakan akak-akan tu sedap weyy serius.Jangan tanya kenapa dulu asrama aku gemuk.


Sampai sini laa sesi imbas kembalinya, asrama? Seronok memang gila cakap tak seronok selama duduk macam-macam jadi dan kenangan gila-gila buat. Ni sebahagian je aku citer.Kalau nak imbas esok takkan habis jadi aku berterima kasih laa umi aku usaha pujuk aku duduk dulu sampai sekarang bila duk universiti yang lagi jauh ni boleh laa aku kawal emosi yang homesick ni kan.Hahhaa

Terima kasih warden, kawan-kawan satu dorm, akak dan mak cik kantin untuk semua kenangan manis tu semua. 

Jumpa cerita seterusnya apa pulak.




   


   



No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....