Cuti pertengahan sem bermula..aku dah tahun akhir dan sem terakhir agak-agak penyakit aku yang homesick ni hilang tak demi bersama dengan UPM buat saat-saat akhir ni,Urmmmmm....semestinya
TIDAKKKKKKK
Baliknya aku kali ni bukan saja-saja tau tapi misi kenalkan kepada kawan aku dengan negeri tercinta iaitu KELANTAN. Kawan aku tu budak Nogori tu haa budak Bahau, kenal dia barulah tau nama daerah tu kalau tak aku tahu Seremban, Jolobu dan Kuala Pilah je. Hihihi. Lawatan ni dah lama rancang kali ni baru jadi maka bermulakah kisah 4 hari 3 malam kami.
Aku ni memang laa asal Kelantan, lahir pun sini tapi aku ni sejenis yang suka berjalan tapi disebabkan banyak halangan, rintangan, aral melintang, balak melintang segalanya laa (alasan) Nak jadi cerita bila kawan nak datang mestilah secara tidak langsung aku yang akan jaga petunjuk arah, jurubahasa dan segala macam. Rasa-rasa dengan aku yang tak berapa tahu ini mampu ke idokkk? Tapi aku redah je laa sebab berani lagi laa negeri sendirikan.
Kawan aku adalah buat permintaan ke sana sini, macam Pasar Siti Khadijah, Rantau Panjang, Pantai Senok dan lain-lain. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan dan rancangan kami mampu tunaikan walau ada kurangnya maaf yee Kawan..ahha. Cuma agak terkilan salah satu tempat tak dapat di bawa sebab masalah pengangkutan Wakaf Che Yeh.Tak apa lain kali datang lagi kita pergi.
Untungnya kali ni, sebelum cuti Prof N ada bagi tugasan sempena cuti ni iaitu ambil gambar kampung dan hantar kat Instagram dengan #KampungKu maka lawatan ini bagaikan sambil menyelam minum air. Jangan pernah lepaskan peluang bergambar hanya semata-mata tugasan punya cerita.
Nah aku belanja sikit gambar-gambar tempat yang kami mampu pergi dalam masa yang suntuk tu yee...
|
Ni PASAR SITI KHADIJAH memang popular laa bagi orang luar yang datang tak sah kalau tak jejak sini. Tambah lagi tingkat jual kain,,Fulamakk,,,rambang mata dan duit akan lenyap macam tu je maka aku dan kawan cuma cuci mata demi tak habiskan duit wey,, Kesian tak? Adoii.. |
|
Ni RANTAU PANJANG tempat bebas cukai memang satu-satu tempat yang kalau orang Kelate memang wajib kenal nama tempat ini. Ini dah bersempadan dengan Thailand jadi barang-barang kat sini memang kebanyakan dari sana. Menariknya sini kawasan bebas cukai harganya mungkin agak murah tapi atas orang laa cuba datang baru tau. Sini jual apa? Macam-macam dengan pakaian, jersi, periuk belanga, toto macam-macam laa. Kalau bawak mak-mak memang jenuh menunggu,Hahaha.. Sabarlah kata sayang Mak kan... |
|
Siapa pernah dengar Nami Island kat Korea tu, Haaa...jangan cakap Kelate tak ada,hiiii.... Ni namanya PANTAI SENOK terletak di daerah Bachok.Pantai ni popular sebab pokok-pokok di sini bila banyak dan tersusun lawa laa kan. Ramai jugak yang buat photoshoot kat sini pre-wedding, pre-konvo nasib pra sekolah tak, Kahkahkah...Bagi yang teringin nak pergi Korea tu nak berangan dulu boleh laa mai sini. tak salah berangankan..Moga tercapailah,Hahaha.. |
|
KOTA SULTAN ISMAIL PETRA dalam bandar Kota bharu je dekat jugak dengan Masjid Muhammadi. Kat sini umpama landmark Kelantan laa. Aku sempat pergi malam kalau siang lagi lawa untuk bergambar tambah adanya Pintu gerbang ke sini. |
|
Ini PANTAI IRAMA jugak berada dalam daerah Bachok aku dan kawan singgah sini sebab nak isi perut yang mula nyayikan lagu Rock,Huhu Silalah datang pekena Mee Celup(Mee Sup), makanan bergoreng dan air kelapa, Memang syok habis tambah-tambah lagi Mee tu, selama ni datang tak tahu ada tempat sesedap tu. nak tahu warung mana PM tepi.Hahha.. Tak ada nombor? pandai-pandailah.. |
|
Kat atas semua tempat tetiba ni mai tang makanan. Bukan nak cakap apa laa ini memang kegemaran aku sejak kecil weyy.. Oh My God nikmat dia lain macam, selagi tak habis memang duduk je situ. Ni namanya ETOK SALAI kawasan pantai timur benda ni memang dalam senarai korang patut cuba.Semestinya kawan aku tu pun aku paksa dia rasa. Tapi nampak gaya nampaklah kepayahan dia nak bukanya, tapi skill Umi aku dah ajar tak apa lain kali akan Pro laa tu.
Cukuplah aku mampu belanja sikit-sikit je ok, nak tahu Kelantan best ke tak cuba datang, walau kami tak adalah Pulau yang indah terbentang dan tempat yang super duperr menarik macam tempat lain tapi kami kaya dengan makanan sedap-sedap. Di sini memang syurga makanan dan warisan Kelantan yang tak pernah hilang. Selamat melawat Kelantan ok..
Moga kawan aku berpuas hati dan sila datang lagi ok, akan datang aku bukan nak kawan aku tu datang melawat je tapi sila menetap sini terus ok.hahahha....Katanya dia mampu nak tinggal sini lepas usha Mall sini katanya. sebab kaki shopping dengan Mall mana boleh terpisah.Hiiii
Jumpa entri akan datang pulak.
|
No comments:
Post a Comment