Hye geng.. Kali ni nak laa sikit cerita hal aktiviti hujung minggu aku. Kami geng yang ambil bahasa Arab ada tugasan yang memerlukan kami ke sana. Yang nak buat kerja 4 orang je lagi 4 orang pulak join sebab alang-alang keluar jadi masing-masing ikut sambil hilangkan segala tekanan yang ada.
Al kisahnya, kami sewa laa kereta Alza untuk tempoh 12jam, kawan aku yang bawa. Dia lesen baru lagi, kali pertama bawa kereta besar, pertama kali bawa jalan highway. Sesungguhnya tahap yakin dia memang tabik laa..Hahaha. Walau masa ambil kereta tu kami seisi kereta sangat cuak, takut dan memang aku pegang kusyen kereta macam nak terkoyak punya laa..tahap gelabahnya. Nasib baik tak bawak yassin baca kat belakang.Huhuhu...memang kepoh mulut isi kereta bagi arahan dekat si driver aka kawan kami tu.
Aku tak tahu laa macam mana dia kawal tahap tertekan dia bila semua orang takut,hahha... Kalau aku dekat tempat dia memang aku turunkan semua kawan jenis macam ni tepi jalan tinggal pandai-pandai cari grab. Hahaha.. sebab aku jenis kalau orang tak percaya aku bawak tak boleh pandu macam tu tension weh.Orang lain kecut perut aku lagi laa jatuh keyakinan aku.
Jadi kepada kawan aku tu Cik A sila bangga sebab boleh kawal keadaan yang agak memberi tekanan itu.Dengan bawak macam orang tak ada perasaan. Haaa Tepuk sikit kat dia....hahaha.
Alhamdulillah sampai jugak destinasi, dengan selamatnya walau macam-macam jadi. Masjid Putra. Masa? Haaa... sempat laa 2 3 kali baca Yassin baru sampai.Hiiii....Semua dalam kereta jenis tak tahu jalan pakai waze je.
Sesi bergambar bermula demi tugasan Arab...sana sini habis sudut laa. Cukup laa kongsi sini 3 gambar je ok.
Yang ni Photographer adalah Guard Khairul yang pandai cakap 7 Bahasa Asing tu |
Gigih Trainee untuk apa entah tolong ambilkan Terima kasih. |
No comments:
Post a Comment