Friday, October 26, 2018

BBM3410/18 : SERLAHKAN BAKAT YANG TIDAK SEBERAPA ADA _ I

Assalamualaikum..

Minggu ini dah minggu 7 kuliah maka bermulalah tugasan Prof Normaliza yang memintakan kami serlahkan bakat mungkin. Tiap-tiap minggu akan ada je tugasan mengejut oleh Prof N ni. Pada kali ni, beliau minta pelajar untuk membuat video One Shot. Masuk kelas multimedia ini dalam kerja bukan main banyak tapi kadang-kadang semua ilmu baru kami dapat alhamdulillah. 

Video One Shot ni kalau nak tahu, umpama kau tengok video muzik yang kameranya tak digerakkan jadi kau hadap je kamera tu asalkan yang ada semua kena masuk. Dengan itu, itulah juga kami perlu siapkan. Contoh, Prof N dah tunjukkan melalui Youtube. Kami perlu buat video lagu tu sampai habis ikut laa apa kami nak merepek pun asalkan lagu habis maka habislah video itu dihasilkan.

Bila semua dah faham jadi sesi memilih lagu pun bermula. Kumpulan aku punya pilihan pertama adalah lagu Pematah Hati dinyayikan oleh Nabila Razali. Bincang lagi dan lagi apa yang perlu dibuat dan sesi memilih lagu yang lagi baik. Sesi itu diakhiri dengan kami semua sebulat suara memilih lagu daripada kumpulat Elite iaitu Tamparan Wanita. 

Minggu depan dah mula cuti pertengahan sem, jadi sebelum semua pulang ke kampung masing-masing kami sudah berbincang untuk membuat video tersebut minggu inijuga. 

Kami semua bukanlah ada bakat sangat jadi hanya mampu buat apa yang mampu sahaja. Hahaa..dah laa cara tarian kumpulan itu memang nampak senang nak ikut tapi bila digabung dengan lagu yang rancak itu memang sumbang laa jawabnya. Hahaha...

Maka buat laa cara kami sendiri sesenang yang mungkin pun agak tak kemas. Kekangan masa lagi teruskan jelah setakat mampu.




Hasilnya sama-samalah kita tengok minggu lepas cuti ini ye..Hahaha. Sekian dari ahli Elite junior. hahaha.


No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....