Baiklah, tengok pada tajuk boleh lihat ini adalah antara hobi yang biasa ada pada manusia. Bagi aku sebagai seorang perempuan sejati laa kan, membeli-belah itu sudah pastilah akan jadi satu kegilaan terutama baju, tudung, beg, kasut dan lain-lain. Bagi perempuan itu satu terapi walau tidak mampu beli, bak kata perempuan 'pegang pun jadilah' . Memang sah laa aku pelajar lagi kot.haha..Tengok bajet dulu ye tak? Namun jangan ingat semua perempuan sama.
Contoh aku sendiri,sememang membaca adalah hobi aku dari kecil. Aku jenis suka baca semua genre seperti buku motivasi, fiksyen, thriller, seram, cinta dan macam-macam lagi. Zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah antara pegawas sekolah dengan pengawas pusat sumber memang pilihan kedua tu aku nak.
Jadi berbalik pada hobi di atas. Duit aku sanggup habiskan di kedai buku. Aku boleh memilih dan fikir harga untuk membeli baju-baju tapi bila ke kedai buku memang aku gila sebab bila dah nak kepada satu-satu buku itu sanggup aku keluarkan duit itu untuk dilabur. Bab buku boleh pulak aku tak fikir dah. Sejak zaman STPM dengan duit baucer buku RM250 yang diberikan itu memang aku akan habiskan untuk membeli novel.
Bila ke IPT pula, dari baucer buku ke kad siswa duit tersebut 100% aku simpan dan guna untuk membeli senarai novel yang aku impikan dah lama. Aku jenis senaraikan buku-buku yang aku nak dulu baru beli jadi kalau aku masuk kedai buku terus fokus cari yang tu.
Orang lain sibuk ambil duit tersebut untuk membeli barangan keperluan dan belanja kat kolej tapi aku wajib simpan untuk akan datang bila aku dah tahu mahu beli buku apa untuk seterusnya. Memandangkan dah tahun akhir ini maka duit itu dah tak akan masuk lagi untuk tahun mendatang jadi satu hal menyedihkan bila sumber itu dah tak ada.haha..

#sisredha
NI AKU MELABUR DI PBKL KAT PWTC HARI TU |
VS
INI HANYALAH IHSAN GOOGLE..HIHI |
No comments:
Post a Comment