Thursday, October 11, 2018

BBM3410 /18: BERHARGANYA SETITIS AIR

.
.
.
Kali ini nak cerita tentang gangguan air di UPM.


Tarikh  9hb-11hb Oktober pihak universiti telah mengumumkan akan ada masalah air di UPM. Oleh itu, catuan air akan dibuat secara berperingkat dan kami diingatkan untuk berjimat cermat. Air hanya diguna untuk wuduk dan pembersihan diri sahaja. Aktiviti pendobian perlu ditangguh buat sementara waktu. Dengan arahan dan peringatan itu, kami telah membuat persediaan awal dengan menadah air masing-masing dengan baldi untuk disimpan serta membeli air minuman botol di kedai.



Apabila krisis air ini bermula, aku mula perhati ada antara sesetengah manusia yang jenis dengar arahan dan ada yang 'buat-buat" tak faham bahasa. Pihak MTM kolej dah jalankan tugas mereka menampal peringatan-peringat tersebut namun masih ada yang tidak tahu membaca. Aku fikir juga macam mana mereka boleh lepas masuk UPM kalau  tak hadam semua tu. Dah tahu air pun kena catu kenapa mesti ada lagi yang basuh baju dengan rasa tak bersalahnya. Panas je aku tengok selamba badak dia je kan. Buka air kuat pulak tu !  Aku punya fikir banyak kali nak berdobi sebab tahu air itu nak dikongsi dengan ramai orang.

 Kenapa perlu menjadi pentingkan diri???? Kenapa wehhh !!!



Positifnya krisis ini ialah, aku tengok semua orang yang jenis faham keadaan sekeliling ini sangat-sangat hargai air itu. Pagi ini aku nampak hamba Allah ini sambil menunggu giliran untuk mandi, dia ternampak sinki yang airnya mengalir sebab tidak ditutup dengan rapat. Dengan rasa tanggungjawabnya aku tengok   dia pergilah tutup. Di sini, aku terdetik alhamdulillah masih ada yang memahami. Keadaan ini sangat menguji manusia bila ketiadaan air maka hargailah elakkan pembaziran. Berlakunya krisis ini juga ketara sangat sikap berjimat itu masing-masing yaa.hahaha.. Sekali lagi peringatan .Sila jangan pentingkan diri !





No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....