Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: JANGAN FIKIR "WAZE" SELALU BETUL😂



Baiklah entri pada kali ini cuba baca tajuk atas. Haa tau dah kan sesat laa tuuuu.hii
Sapa pernah baik ngaku? hiiii............


Setelah bertahun waze yang aku  selama ini tak memberi masalah dan aku mempercayainya ternyata telah mengkhianati kepercayaan itu. Haha..Sampai hati waze buat macam tu.  Perjalanan untuk ke kenduri kahwin adik sahabat aku ternyata memberi pengajaran pada aku dan seisi kereta. Pergilah kami berlima sekawan dengan semangat nak makan lauk kenduri, dah lama tak makan ni. 

Perjalanan dari UPM ke  Gemas dengan adanya waze ku fikir akan berjalan lancar. Namun, ia hanyalah meleset. Konon nak ikut jalan terdekat setlah waze nak gi Gemas. Perjalanan yang pada awalnya lancar dengan mengikut waze yang membawa aku dan 4 lagi kawan membawa kami melalui jalan  Melaka. 

Pada awalnya kami hanya menurut kerana pada fikiran kami waze betul, tetapi tiba sahaja kami sampai ke jalan yang aku fikir itu dah kawasan felda. Nak tengok kereta 1 pun susah. Dah mula fikir lain macam tapi tak apa teruskan. Akhirnya sedar dan tak lagi mahu ikut waze bila ada cabang suruh ke kanan tapi kanan tak ada cabang pun, kawasan sunyi langsung tak ada orang.Mistikkah? Drama sangat.....


Kami jauh tersasar ke  tempat Pusat Latihan Khidmat Negara Gunung Ledang. Nasib baik siang kalau malam agak-agak apa reaksi kami, dengan signal telefon kejap ada tak ada, minyak bertakuk-takuk habis dan kami semua perempuan.Huhu.Cuk weiii cuak. Masing-masing diam dan tak ada gelak ketawa semua. Perut pulak yang berdendang sayang. Cepatlah sampai....


Kami setkan semula waze dan patah balik dan alhamdulillah dalam kesesatan itu akhirnya kami sampai ke Gemas itu demi menerima undangan tersebut. Pengajaran yang besar kami dapat jangan pernah percayakan waze 100%. 


Selamat sampai dengan jayanya..Selamat Pengantin Baru
Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....