Friday, October 19, 2018

BBM3410/18 : SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA



Pernah dengar tak peribahasa Melayu itu? Rasa semua tahulah benda ni belajar dari sekolah rendah  lagi kot..

Al-kisah bermula aku dan seorang kawan ni teringin laa nak makan dekat Ice Bucket dekat IoI City Mall Putrajaya tu. Konon nak makan ayam pedas Korea tu, nak makan restoran Korea  K Fry tu dasar pemalas semua nak beraturkan sebab kat situ memang ramai sangat.

Jadi pilihan kat Ice Bucket demi makanan tu, tapi kaki masuk je kat situ mulalah nasib malang tu menimpa. 

Aku keluarkan kad debit siswa nak periksa baki ada berapa lagi. Alang-alang datang nak singgah kedai buku dekat Borders. Tahu jadi apa? Dengan tak habis-habis dengan perangai clumsy  tu aku boleh lupa kad tu  dah keluar ke belum dari mesin atm tu Sebab yang aku yakin ambil cuma resit. Bila nak bayar buku kat kaunter cari punya cari tak ada terpaksa bayar tunai. Aku dah cuak dalam kedai tu jugak aku keluarkan segala harta dalam beg cari kad. Memang tak ada. Aku dan kawan cuba nak gi periksa di atm kot tercicir ke apa. Kami jalan balik ikut sebijik dengan jalan yang kami lalu sebelum sampai Borders.Ternyata memang tak ada. Puas aku imbas balik apa yang jadi, untuk kedua kalinya aku periksa lagi sekali dalam dompet dan beg aku. Memang tak laa nak ada. aku simpulkan memang mesin tu yang 'telan'. Mood aku hilang selera nak makan ayam pedas Korea tu hilang macam tu je. Kad tu sumber beli buku aku kot. baki ada banyak lagi. Terpaksa buat baru.huuuuuu.


Dengan hati hampa,menapak jugak kami ke Ice Bucket tu pesan macam-macam. Konon nak ubat hati lara. Dalam banyak-banyak aku pesan.Pekerja tu cakap " maafnya ayam tu tak ada, ayam tak tangkap lagi" Amboi... boleh kau bergurau. Aku datang semata-mata nak benda lah tu weii...Huhuhu lagi kat situ. Kami pesan makanan lain, Mi kari untuk aku dan Mi Udang pada kawan aku tu. Tengah makan tu....aku tak tahu laa payuy aku mengamuk ke menangis. huuu..

Ayam aku gigit tu jatuh dalam kuah kari yang melimpah tu, ayam tu dah laa ketulan besar. Dah jatuh sememangnya akan terpecik kuat lalu cantik je singgah kat tudung aku.Menangis tak berlagu aku kat situ..kalau sikit tak kesah ni muka aku pun kena tudung habis lencun pakej dengan baju pun. Nasib baik orang tak ramai. Kawan aku tu laa tolong mintak air kosong nak bersihkan aku.Sebab aku dah memang merah padam nak jalan pergi tandas cuci. Puas aku cover main telefon tak nak orang perasan. Nak jadi cerita memang aku senang bersih tempat kami makan tu tersorok sikit. Jadi buatlah sekadar mampu.  Lepas tu, sambung makan dengan hati yang merintih sambil fikir apa laa nasib aku malang hari ni dosa apa ujian apakah ini? Urmmmmm........

Lepas bayar gi tandas. Sesi basuh tudung dan keringkan bermula.Pengering tangan tu aku gunakan untuk keringkan baju dan tudung aku tu. Lantak laa orang nak cakap apa pun, aku dah tak tahan dengan bau kari semerbak satu badan ni. Disebalik aku kena macam-macam tu, diakhir sesi makan dan cuci mata Allah temukan aku dengan kawan baik aku zaman sekolah menengah weii. Ditengah-tengah ramai orang aku terdetik itu kawan aku. Tak fikir panjang aku pergi sentuh dan tegur dia. Memang dia, Subhanallah kami berpelukkan dengan menangis dekat situ jugak. Gembira sangat tuu. Biasalah perempuan..Bertahun-tahun tak jumpa lepas SPM dulu masing-masing bawa diri, sampai susah nak jumpa. 

Kali pertama dalam hidup kena macam ni dekat mall pulak tu. Mood aku memang kacau hari tu seharian aku bad mood malu satu hal, nak marah diri sendiri 1 hal. Memang seumur hidup aku kenang peristiwa mandi kuah kari tu. Jangan aku fobia dah tengok mi kari dah laa kegemaran aku tu. hahah..

Kejadian itu buat aku muhasabah diri, ujian bertubi-tubi ini yang pada aku agak pelik itu aku faham kenapa dalam tempoh 1 hari macam-macam malang dapat. Dalam sehari kena macam-macam saat-saat akhir Allah rezekikan jumpa kawan baik aku, itu aku tak dapat cakap apa-apa. Hari tu memang aku terdiam memikirkan apa Allah nak tunjuk dengan semua yang jadi tadi dalam 1 hari saja. Mungkin ini sebahagian ujian tahap sabar kau. Perbaiki diri sendiri, hikmahnya ada. In shaa allah kita akan faham dan redha.


Meleret senyum sebab ni masa mi tak sampai lagi


Sedap tak tipu tapi kesedapan itu ditutup dengan selera aku dah musnah
 dek kerana mandi dengan kuahnya


 Kawan baik aku yang jumpa saat-saat akhir aku dah nak balik.
Nampak tudung dan baju tu ok je hakikat memang bau kari weii 




Sekian dari gadis clumsy untuk entri kali ini.










No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....