Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: PESTA MAKANAN TRADISONAL MELAYU UPM



Pada 25/9/2018  Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah mengadakan program Pesta Makanan Tradisional Melayu.Program ini telah diadakan pada tahun sebelumnya yang bertemakan Pesta Makanan Tradisonal Pahang. Namun pada kali ini, fakulti telah mengadakannya dengan tema makanan tradisional Melayu. 



Kali ini aku antara yang terlibat dalam program tersebut sebagai ahli jawatan kuasa kecil menguruskan aktiviti program. Aku ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi salah satu aktiviti yang ada pada hari tersebut iaitu Kembara Resepi. Aktiviti ini melibatkan pelajar 2 buah  sekolah menengah yang berdekatan dengan UPM. Tugasan yang mereka perlu lakukan adalah mencari bahan-bahan masakan Melayu yang telah ditetapkan oleh  kami selaku fasilitator  disekitar Muzium Warisan Melayu UPM. Memandangkan aktiviti ini kami diberikan masa 30 minit sahaja jadi untuk memudahkan pencarian bahan masakan tersebut kami hanya menyorokkan barangan tersebut di tempat yang tidak terlalu sukar dicari.   Setelah itu, mereka perlu mencari bahan-bahan tersebut dan meneka nama masakan dengan betul. Aku ditugaskan menjaga check point pertama dan terakhir maka aku jugalah yang menandakan siapa pemenangnya.


Seronok melihat pelajar-pelajar ini bersemangat berlari-lari cari bahan, sementara mereka cari kadang-kadang teringat zaman sekolah dulu selalu juga ada kem atau apa-apa buat aktiviti ini bersama-sama abang dan akak fasilitator. Sekarang giliran aku pulak ditempat fasilitator itu. Cepat betul masa berlalu. Wah....kenangan sangat. Tetiba rasa nak kembali zaman itu balik. Urmm indahnya..

Andai dapat ku undurkan putaran dunia.....(ok sambung) Hahaha... berangan sangat. Dah-dah kembali pada realiti FYP apa khabar? ahahahha ..


BERSAMA PESERTA KEMBARA RESEPI

ANTARA PEMENANG AKTIVITI KEMBARA RESEPI

PERSIAPAN UNTUK AKTIVITI KEMBARA RESEPI

BERSAMA PROF DR NORMALIZA 
DI PESTA MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....