Thursday, December 5, 2019

COMMON SENSE MANA ???


Assalamualaikum dan Hai 😊


Rasa nak membebel sikit hal common sense. Sebab benda ni ceruk dunia kita pergi pun boleh guna. Terutama yang hidup di Kolej Kediaman semestinya ada roommates or housemate. Jadi aku fokus yang tu ok. Demi kelangsungan hidup pentingnya COMMON SENSE atau bahasa mudah benda-benda yang kau sendiri boleh fikir secara waras dan logik, sama ada kau nak guna otak pemberian Tuhan atau pun tak je.

Aku senaraikanlah ya, dengan pengalaman seciput ini selama menjadi pelajar yang berkongsi bilik. Benda ni berdasar perhatian aku sendiri, benda yang jadi pada aku, aduan dan rungut dari member aku dll.

************

1.Bagi Salam - Kita Islam kot, tolonglah nak masuk jangan main redah je main terjah sesuka hati bikin orang terkejut weh. Adab mana Adab?

2.Bab makan - Ringankanlah mulut tu ajak sekali kawan makan,tawarkan sedikit ke, duduk satu bilik kot. Ini tak, hadap makan sorang-sorang. Satu lagi, nampak kawan sibuk dengan tugasan sampai tak sempat turun cafe tak salahkan tanya ada nak kirim apa-apa tak dari kau makan sorang depan dia nanti.Pahala pun dapat.

3.Lampu- Ini banyak sangat aku dengar rungutan. Tahu nak stay up tapi boleh tak guna lampu belajar. Lampu utama sila tutup ingat sikit member lain nak tidur bukan sekaki nak stay up sama. Kalau lampu belajar tak ada sila beli demi keselesaan bersama. 

4.Bergayut/ otp - Tak kisahlah dengan pakwe/makwe, family atau sesiapa sila perlahankan nada anda. Ingat orang nak dengar sangat?Aku tutup pakai earphone telinga pun boleh dengar suaranya alahai..Kalau tahu suara tak boleh kawal sila otp luar bilik senang.

5. Earphone - Tahu kau layan lagu, movie so on..boleh tak pakai earphone. Fungsi benda tu bukan saja nak bagi clear dengar, angkat call masa memandu masa nilah kau boleh guna juga demi tak ganggu roommates. Rimas tahu tak!

6. Pinjam barang/ hutang - Kalau nak pinjam cakap, lepas tu tolong reti pulangkan balik jangan buat harta sendiri. Duit satu hal, kalau pinjam pandai-pandai fikir pulangkan takkan nak bertukar kepada jadi duit biasiswa untuk kau pulak kan. Malu muka nak minta duit balik walaupun itu hak kita. Kita sesama pelajar fahamlah duit tu penting nak survive aku pun nak pakai duit.

7.Rosakkan barang- Kekadang ada masa benda tak disengajakan kita rosakkan barang member. Tak terasa bertanggungjawab ke nak ganti balik? Walau kamceng macam mana pun kita, dia cakap tak apa atau diamkan. Jangan buat muka tembok ingat kawan kau ok. Dalam hati mana tahu, BERTANGGUNGJAWABLAH 

8. Buka tingkap/ tutup tingkap - Ni spesis aku jumpa jugak jenis tak nak buka tingkap. Kau fikir ini gua? Bilik kau duduk sorang nak berperangai macam tu silakan. Ini kau kongsi, maka bukalah ingat tak semua orang macam kau boleh hidup dengan bau kepam.Satu lagi jenis tidur tak tutup tingkap. Kita perempuan kot elok sangat ek tidur tingkap terbuka nak tunjuk aksi apa? nak buat tu sila fikir keselesaan orang jugak.

9. Menyapu- Mohonlah gilir-gilir menyapu sekitar bilik tu. Ini mentang-mentang roommates pembersih harapkan dia je. Masa dia sibuk pulak kau buat apa? Berhabuk, berpasir pun buat donno ke? Apa salahnya giliran kita pulakkan.

10. Plastik/ Pembalut makanan- Sekali jumpa terselit bawah katil, bawah meja aku boleh terima fikir terlupa. Tapi kalau  dah berkali-kali aku nak fikir apa? Dah habis tu tolonglah buang terus kalau dah tahu jenis pelupa. Mula-mula lupa lama-lama jadi tabiat. Nak ke???

11.Pinggan/Cawan kawan - Nak pinjam sila lepas guna boleh tak tolong cucikan, letak elok-elok tempat asal. Ini, dahlah kita buatkan air lepas minum letakkan bawah katil tak berbasuh. Alahai gadis...

12.Ampaian - Kalau nak guna silalah fikir tuannya pun nak guna. Sila angkat jangan biar kain tu kering hangit kejung situ. Kalau ampaian kau tak apa juga. Lepas  tu, ampaian tu dah lah kecil je berapa Kg je boleh tampung aku tengok sampai senget nak roboh ampai tu kau kerjakan dengan baju bertimbun baru nak basuh mangsanya ampaian orang.

13. Bawa kawan masuk bilik - Tak nafi kekadang kita bawak kawan untuk buat group discussion, nak borak.Tapi itulah masa kena tengok juga kalau dah nak tengah malam roommate nak tidur weh. Boleh kot slow-slow blahh..Dari duduk bising tepi telinga orang.

14.Privasi - Almari, meja belajar, telefon. Ikut logik kita sendiri suka tak orang tengok barang peribadi kita. Hah, rasa-rasa orang suka tak kalau kita dengan tak bersalah buka itu ini. Hormat privasi orang !

15. Jangan letak barang/ panjat katil orang- Tak cukup katil ke kolej ni bagi kau nak tumpang barang kat katil member. Pergi mintak katil satu lagi kalau dapat lah. Rasa nak size king ke apa an. Jenis panjat-panjat ni, alahai itu tempat baring orang..kaki kau tu entah mana-mana pijak suka-suka nak  naik. Tahu tak member tak selesa 

16. Beribadat- Tak salah nak mengaji, ada yang mengadu dekat aku roommates mengaji suara kuat. Ganggu fokus nak taip kerja nak tegur kan takut salah faham  maklum benda baikkan. Tapi kalau tahap dah ganggu macam mana? Satu lagi, dah tahu kawan nak solat, mengaji tolonglah pakai earphone kalau nak dengar apa-apa bukannya bertanding volume dengan kawan nak mengaji pulak.

17. Jam - Aku pantang benda ni. Jenis kunci jam tak bangun. Memekak je tahu tak. Kalau tak nak bangun tak payah set. Apa kata kau suruh je member kau kejut dari ganggu orang bilik. Volume kalau boleh satu blok dengar. Tolonglah....

18. Bangun subuh - Tolonglah kejutkan sama kawan tu, kalau dah bangun. Ini tak buat senyap-senyap kot dia terbabas, atau memang  nak masuk syurga sorang-sorang? Dah tempahkan lupa....

19. Duit Minyak - Kalau tahu menumpang kawan tak kisah motor ke kereta hulur la duit minyak/ tol sikit. Kawan kau anak jutawan tak apa. Istilah menumpang itu hadam sikit, sensitif sikit boleh?

20. Pintu - Kalau masuk sila tutup. Kalau keluar sila tutup jugak. Simple.Ingat ini cerita P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok ke.Haiya...Tambah lagi satu, sila tutup perlahan-lahan bukannya mau roboh pintu kau tutup.Rosak harta kerajaan weh.Urmmm...

21.Singki - Pantang aku jenis tak reti nak basuh lepas guna. Sisa-sisa makanan melekat eh Tuhan cipta tangan gunalah korek sikit sisa tu masuk tong sampah. Nak tunggu berkulat, berbau, berdaki singki tu kalau tak cuci. Nak tunggu mak cik cleaner. Kalau sabtu ahad tu. Hah nak tunggu Isnin cleaner datang mahu membiak bakteria kat situ. 

******************

Rasa itu common sense untuk kita renungkan bersama. Tak kira duduk asrama, menyewa atau dekat mana bawalah common sense bersama ya.Aku cerita ini secara umum sepanjang duduk asrama dan kolej kediaman kepada yang terasa maaf sangat. Kita sama-sama betulkan dan hidup harmoni ok. Chill...💖









3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Hai.. salam perkenalan..
    TQ add kita kat Goodreads.. Sha follow blog ini..

    Bab common sense ini memang makin teruk sekarang ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Hai Kak Shaa.. Itulah makin lama makin teruk tengok common sense skrg.. sadis betul.Terima kasih follow blog tak seberapa ini. Salam perkenalan jugak.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....