Saturday, January 4, 2020

Susu Pisang Nilofa


..ASSALAMUALAIKUM DAN HAI..

Entri pertama pada tahun 2020 ini pemulanya Insya-Allah.Aku tercari-cari jugalah nak tulis apa kebuntuan melanda sebab tepu buat tesis.
Kebetulan tertengok kawan aku update whatsapp story minum susu pisang ini.Terus aku nak juga tanya mana dapat sebab aku tak pernah rasa susu pisang. 

Teringin nak rasa susu pisang Korea tu, tapi itulah tak terbeli konon nak minum kat Korea baru ada feel. Angan-angan setinggi langit macam tulah, perginya tak.Doakan je ya.

Alih-alih  susu pisang versi Malaysia  dulu aku teguk.Hihi..Dah taip ni sambil minum ini alah-alah tak menyempatkan aku. Bukan apa, kot bila sambung menaip kerja terlupa nak update.

Harga aku beli RM5.00  dari budak UPM yang jual.


Ini keterangan kandungan susu ni, ada arahan simpanan lagi SILA HABISKAN  BILA DAH BUKA.(tak sampai 10minit lenyap, huhu)

Pada akulah susu ni sedap,pisang dia memang rasa sangat-sangat.Bauan dia pun wangi ada rasa bau esen vanilla+pisang pun ya jugak.Untuk kali pertama rasa apa itu susu pisang pada aku dah sedap.Tak tahulah kalau yang lain rasa biasa atau nak banding dengan jenama atau susu pisang dari Korea tu.Sebab aku tak pernah rasa yang Korea jadi terasa pula aihh nak merasa yang tu.Tertanya-tanya mana lagi ok.

Bagi aku dari segi harga oklah dah murah rasanya. Dengan ada brand sendiri + Made in Malaysia so aku support.















No comments:

Post a Comment

Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....