Saturday, September 14, 2019

BERSANGKA BAIK DENGAN SAHABAT


.
.
.
ASSALAMUALAIKUM DAN HAI 😇


Kali ini tajuk disebabkan aku ada terbaca satu buku mengenai sahabat. Aku rasa semua orang perlukan sahabat dalam hidup. Tak kisahlah serapat mana, sebaik mana sesederhana mana kan? Tetap digelar S.A.H.A.B.A.T . 

Satu lagi siapa kat sini pernah gaduh dengan sahabat dia? Memang rare laa kalau tak gaduh. Haha. Walaupun tak gaduh ada terguris rasa, kecil hati ke apa-apakan sama ada nak ambil kisah atau biarkan.

Pada buku aku pernah baca ni, menunjukkan cara mejadi optimis dalam persahabatan. Seperti dinyatakan dalam tajuk tersebut SANGKA BAIK.
.
.
.
Demi mengelakkan pertelagahan benda pertama perlu dielak adalah syak wasangka. Benda ni bukan boleh dipraktikkan pada sahabat je tetapi umum dalam hidup bermasyarakat. Cuma posting ini tekankan soal hubungan persahabatan. 

Macam mana nak elak ada pergaduhan adalah tidak lain tidak bukan ubah mentaliti ke arah positif. Set segala KEMUNGKINAN dalam kepala kita. Fikir benda-benda yang baik anasir jahat yang mengganggu fikiran.

Jangan melulu memberi tuduhan dan andaian kurang elok tetapi gantikan kepada kemungkinan positif. Sebagai Contoh yang pernah jadi dalam hidup aku dan masa untuk beramali.

Sahabat lewat datang dengan waktu dijanjikan. Dahulukan cakap dengan diri sendiri " Dia tak ada transport lagi kot" "Dia kena buat kerja rumah dulu tu" " Dia ada masalah di jalan tu". Tak adalah kita nak tuduh macam-macam dia tipulah, tak ingat janji laa dll.

Nak contoh lagi?

.
.
.

Sahabat bertindak dingin layan kita nak tak nak saja. Ligatkan fikir kemungkinan. " Dia ada masalah peribadi kot"  " Dia sakit agaknya" " "Aku ada buat salah dengan dia kot". Haa, jangan terus hukum dan ikut panas hati je boikot gak hubungan tu. Baik selesaikan dengan bertanya daripada bersangka kan?

Semua andaian itu umpama mampu rasionalkan diri dan luruskan hati daripada menyimpang ke arah bisikan syaitan.


Aku tahu kekadang kita tak mampu nak sepositif itu semetelah dah mengenali dia sekian lama. Tetapi lama  ke tak adakala masalah dan musibah tak terjangkakan. Bak kata pepatah " Malang tidak berbau".

Fikir baik-baik mungkin saat tu dia ada masalah.

Kalau tetiba jangkaan dan andaian kita cipta bertentangan macam mana bila dapat tahu? 
.
.
.
Sabar jap ye... Sekurang-kurangnya dalam tempoh itu kita berjaya lawan nafsu marah dan berlawan dengan isikan jahat untuk prasangka bukan-bukan. Pahala pun dapat. Jangan cakap rugi, tiap apa yang kita buat pasti ada ganjarannya tak pernah salah dicatatkan segala amalan baik. 

Doa sama-sama kita mampu jadi orang positif dengan cara ni persahabatan kita akan berpanjangan dan berkekalan Insya-Allah.

P/S: FIKIR POSITIF HATI KITA PASTI TENANG.

Wednesday, September 11, 2019

Cerekarama:Insan Terpilih TV3 (Iktibar)

.
.
.
Assalamualaikum dan Hai....😇



Rata-rata yang menonton drama ini mesti akan kata sedih. Yup, semestinya aku sendiri berlinangan air mata. Lepas habis drama ni baru aku tahu kisah ini inspirasi kisah benar dari seorang hamba Allah bernama Hussin.Yang dikenali penduduk seorang gila.Namun dalam drama ini watak diberi nama Firdaus lakonan Syazwan Zulkifly. Skripnya ada diambil dari arwah Hussin itu dan semestinya ada tokoh tambah dalam penceritaan itu lumrah dalam adaptasi.

Maha Suci Allah, Dia ciptakan apa yang di bumi bersebab dan kebijaksanaan-Nya mengatasi segala. Hanya datangkan seorang yang bukan normal untuk dijadikan iktibar kepada manusia normal. Sesungguhnya nasib seseorang tidak sama. Qada dan Qadar hidup Si Firdaus a.k.a Hussin ini diuji dengan dugaan sebegitu di dunia.Nak tahu lebih lanjut hal Hussin itu sila godek Youtube ye.Huhu..
.
.
.
Kisah ini buat kita banyak fikir dan renung dengan kata-kata dan perbuatan Si Istimewa ini. Aku lebih suka sebut Istimewa berbanding Gila, kerana dia layak dipanggil sebegitu. Kisah yang penuh isi pengajaran.

1.


Babak Firdaus sering kongsi makanan pada SEMUT. Benda ni walau nampak macam tak masuk akal tapi kesannya buat kita fikir. kita hidup di dunia ini bukan manusia sahaja tetapi makhluk lain pun jadi penghuninya.Maka rezeki kita bukan hak kita saja dalam rezeki kita ada juga untuk makhluk lain.

2. 


Daus tak nak kutip tahi cicak di karpet guna penyapu. Katanya pakai tangan lagi banyak pahala. Otak dia asyik fikir nak banyakkan pahala je. Walau cara dia agak pelik tapi hati dia suci jaga rumah Allah. Fikir sejenak, kita kadang-kadang nampak tahi cicak di masjid ada tak ringan tangan buangkan,atau harapkan "Ala..Tok Siak kan ada". Sedangkan sekecil-kecil perbuatan pun pahala.

3. 

"Orang ada tangan ada kaki boleh cari makan sendiri arr"...Dia yang tak normal pun keluar kata yang bernas. Tak meminta,makan dia hanya sekadar untuk hidup dan abdikan diri bersihkan masjid je. Habis orang yang sanggup menipu untuk minta sedekah tu macam mana? Baik lagi dari si Tak Normal ini kan..😞

4. 

Dia pakai berus gigi je sental tandas masjid.Katanya,aku bersihkan guna berus ni sebab nak dapat banyak pahala. Yalah,kalau berus besar cepat siap.Jadi,dia nak berlama-lama barulah bertambah pahala. Ayat dari si Istimewa ni selalu rentap hati. Macam mana pulak  kita nak buat banyak pahala?

5.


"Kalau rasa diri tu kosong mengadulah dengan Allah.Insya-Allah"
Watak antagonis dalam drama ni dengan nakalnya tapi berubah hanya kerana Fiedaus. Pelbagai asbab untuk Allah berikan hidayah pada hambanya. Walau hanya seorang yang tak Normal.Hidayah ini pada awalnya mungkin datang daripada teguran orang tetapi jika Diri tak usaha berfikir dan belajar dan bertindak selari dengan teguran Tuhan maka ianya takkan jadi. 

6. 


"Kau malu dengan manusia ke Allah. Kau kena malukan Allah tau.Allah bagi kau semua,Allah tak minta apa pun dari kau, kenapa kau nak berkira dengan Allah"
Teguran dan nasihat itu jangan pandang pada siapa yang berikan. Ambillah teguran itu, segala bentuk kebaikan itu adalah Islamik bukan? 

7. 



Babak yang berair mata, permintaan terakhir Firdaus untuk azan.
Disebabkan dia selalu di masjid tengok orang solat, cuci masjid dan dengar ceramah di luar pintu. Siapa sangka dia boleh azan. Dengan hanya memerhati selama ini. Speechless dengan kuasa Allah mahu tunjukkan kebesaran-Nya.

8. 


Kematian yng dicemburui. Orang yang dilihat kotor, busuk, jijik. Allah muliakan jenazahnya. Diganti dengan haruman semasa orang memandikan jenazahnya. Kita belum tentu dapat nikmat sepertinya. Jika di dunia pun Allah dah perlihatkan pada kita Insan ini istimewa.Agak-agak, di mana tempat dia? Mulianya disisi Pencipta.

Jangan kita berburuk sangka kepada orang lain, syurga dan neraka bukan kita yang berikan tetapi Allah. Biarlah penilaian Allah itu yang memilih siapa yang layak.


"Biar kita hina di mata manusia,asalkan kita mulia di sisi Allah SWT" :- (Ustaz Zaki,Insan Terpilih)





Berblog Lagi????

.
.
.

Assalamualaikum dan Hai.......😇

Wujud lagi aku kat sini ya, Hihihi... Sekian lama aku tak update apa-apa. Timbul kesedaran apa entah kali ni. 

Awalnya tertubuhnya blog ni atas tuntutan tugasan kuliah aku masa sem akhir Ijazah. Sebelum buat blog ni, aku memang sering juga baca blog-blog orang lain. Bermula dulu zaman sekolah nak cari tahu hal Jepun dan seterusnya aku mula asyik dengan pembacaan blog. Kekadang terfikir macam mana nak buat blog ni, tapi masa tu fikir jelah sampai masuk Universiti fikir,Hahaha..Fikir je tak teringin pun nak buat masa tu.

Rezeki agaknya, masuk Uni ada subjek Multimedia jadi secara tak langsung aku belajar walau sekarang masih tak teroka banyak dalam ni. Last upadate bila dah habis kelas tu aku dah tak buka lagi.Maklumlah, tugasan dah tamat dan Ijazah dah habis.Huhuhu..Urmm,2019 pun lagi 4 bulan dah nak labuh tirai, tup tup.. aku sedar nak berblogger lagi.
.
.
.
Kenapa aku sambung buka blog kembali? Hari ni aku sedar pasal blog ni, apa khabarlah blog aku. Buka-buka, baca entri lepas timbul rasa kenapa tidak aku teruskan je.

Lagi satu aku perasan, aku ni suka sangat nak membebel. Kalau yang kenal, aku ni memang pendiam. Tapi 1 hal aku tak boleh diam ialah TANGAN !!!! Haah, tangan aku asyik nak menaip je nak kongsi apa-apa. Selalu aku guna nak kongsi cerita di Instagram dan Story Whastsapp. Ig banyak bebel buku je.

Story Whatsapp aku boleh kata hari-hari aku duk bercerita. Kadang-kadang panjang. Story limited sangat kata yang boleh taip, jadi terpaksa aku taip banyak story. Kesian pada list contact number aku yang sudi habiskan data nak baca sampai akhir. Dari sini, aku fikir alang-alang kau nak bebel baik guna platform blog sedia ada.
.
.
.
Tambahan lagi, aku sekarang cuba nak jadikan diri aku sibuk. Yup, aku bukan multitasking punya orang tapi target aku buat diri adalah sibukkan diri dengan semua sudut. Aku cuba nak disiplinkan diri dengan buat macam-macam benda.Nak buat macam-macam ni kena pandai bagi waktukan. Jadi,aku cuba Insya-Allah. Ini atas dorongan lepas aku baca buku dari seorang penulis aku minat gila-gila.

Jadi ke idokk, doa-doakanlah moga misi aku berjaya.Moga Allah permudahkan urusan kalian juga. Aamiin.

Jumpa entri akan akan datang...Fighting Mida !!!!

p/s: Kalau semangat Berkobar-kobar Tanpa Usaha Pun Tak Guna.Yang mengubah tu, Diri Sendiri. (Arkitek Jalanan, Teme Abdullah)






Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....