Assalamualaikum..Hai...
Terus pada topik aku nak review buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok..😉 Novel ni dah lama versi yang di baca ini ada penambahan part step back. Pada aku ia kisah zaman persekolahan yang boleh menggamit kenangan kita bagi dah lama tinggal zaman sekolah.
Kisahnya merentasi masa. Kisah Saleha yang terfikir mahu ke zaman lampau yakni sekarang umur 33 mahu ke zaman 17 tahunnya dulu. Sebab dia tidak puas hati apa yang jadi sekarang. Dengan kerjayanya skrg, dgn tunangnya Daniel yang asyik tangguh kahwin. Oh ya, tunang dia model jadi dia tak nak Daniel jadi model so itulah sampai terfikir nak ubah semua tu.
Maka lahirlah wish list Saleha, aku senaraikan 3/10..
1. Tukar aliran sains pada sastera!
2.Buat baik dengan Cikgu Hazam - sbb jadi abang ipar dia skrg!
3. Cari Daniel - nak halang tunangnya ini jangan jadi model!
Nampaknya ia jadi kenyataan..maka misi Saleha bermula.Apa jadi bila soul33 tahun bertukar tetiba jadi 17 tahun? Aku boleh cakap tonggak utama cerita Saleha + Azri@Ray + Daniel.
*Part 1*
Kisah ini awal-awal terfikir plot twist dia agak-agak apa? Sal kembali ke tahun 1998 16 tahun kebelakang sama ada dia mimpi ke sbb tu dia nak ubah macam-macam? Atau sebab dia tengah koma? Atau Plot ini 1998 tp Sal sebenarnya pernah ke masa depan?Atau plot twist yang lain? Macam-macam aku fikir. Kisahnya cerita dalam cerita.....
Misi bermula setelah impian Sal jadi kenyataan. Misi 1 tukar aliran sains kepada sastera walau masa itu dia dh nak SPM. Dia ditempatkan di kelas paling hujung maka bertemulah Sal dengan Azri and the geng, samseng sekolah. Azri ini sebenarnya minat dengan Sal sejak Form1 lagi. Azri ini selalu cari pasal dengan Sal tapi ada makna. Sejak Sal masuk jadi pelajar kelas hujung itu Azri sering kacau Sal hingga termeterainya "pinky promise" pertama meminta Azri jadi Guardian Angel Saleha. Bermula dari sini mereka bercinta tanpa pengetahuan sesiapa dan lbh kpd Open Relationship. Perjanjian kedua, saat Saleha pinta Azri meminangnya 16 tahun akan datang.
UNIK kisah mereka, Azri sejak Form 1 suka pada Sal. Sering utus kad hari lahir tiap-tiap tahun tanpa nama. Bermacam cara dia buat masa crush dgn Sal tapi Sal tak tahu apa2. Semua ini terbongkar masa Part 3. Bila dah bagi peluang balik zaman lampau dh tentu Sal cari Daniel untuk ubah fikirannya supaya tak terlibat dengan modelling sbb tak mahu Daniel akan dtg jadi model. Pergi cari pulak bawa Azri yang minat dlm diam pada dia agak-agak apa rasa??
Azri kemalangan dan maknya mengatakan pada sekolah dan semua orang dia dah meninggal. Saleha pun kemalangan pada hari yang sama hingga dia koma lalu lupa segalanya tentang Azri termasuk yang dia pernah tukar aliran sastera. Yang dia tahu dia pelajar kelas sains dan di masa depannya juga sijil SPM adalah aliran sains!
*Part 2*
Berlaku kemalangan kedua buat Sal. Aku turut bermain puzzle nak cantum segala memori dan plot apa sebenarnya jadi. Sebab dlm koma itu terimbau balik memori bersama Azri. Waktu ini Ray muncul dalam hidupnya, seorang pelukis buta. Sebagai client Sal tapi langsung Sal tak tahu siapa Ray. Yang dirasa dia selasa dengan Ray walau tinggal beberapa minggu lagi dia nak kahwin dengan Daniel. Kerna dia merasa menunggu seseorang yang tak kunjung tiba tapi tak tahu apa ditunggu. Makna, pinky promise dulu Azri yang tak dtg meminangnya janji 16 tahun dulu. Masa ini aku sangat frust giler2 sebab fikir hero mati?? Sebab mak Azri sendiri tunjuk kubur Azri pada Sal. Dan makin membuak nak tahu Siapa Ray?
*Part 3*
Makin clear sebab satu persatu diurai dengan kemas, novel ni memang mind blowing giler! UNIK kisah percintaan mereka. Makin dekat hari perkahwinan Sal makin banyak kecelaruan. Paling aku tak boleh blah twist Daniel yang songsang.LoL...Ini jatuh rahang aku weh. Tapi agak sedih juga dengan nasib Daniel tapi inilah takdir namanya. Good Luck Daniel! Hanya sebuah lukisan hadiah perkahwinan Sal dan Daniel drpd Ray mengubah segalanya. Juga ubah takdir Sal+ Azri@Ray + Daniel.
*Step Back*
Ini bawa kita pada tahun 1994-2014 means kisah Saleha dan Azri form1 hingga waktu sekarang. Ringkas dan padat untuk fahami dan selesai puzzle dlm otak kita. Satu persatu kaitan dan persoalan terjawab. Akhirnya pun masih ada suspen rahsia yang keluarga Saleha + Ray + Daniel simpan drpd Saleha. Kedua hero dalam ini bagi aku semua baik. Setiap orang ada rahsia sendiri, ada khilaf sendiri. Ketulusan kedua-dua hero menerima kekurangan Saleha sangat menyentuh tapi jodoh kan perempuan mana boleh pilih keduanya.
"Be careful with what you wish for" Jangan nanti bangun-bangun balik semula 10 ke 20 tahun akan dulu. Sumpah haru-biru!!! 😃
***Highly Recommend...apa aku review tak semua ini yang terjawab sbb ia masih ada cerita disebalik cerita ini jadi. Boleh dimulai tengok dramanya mungkin***
Baru habis baca novel so baru nak layan dramanya nak tahu awesome macam novel tak sebab aku lagi suka baca dulu baru tengok kalau adaptasi ni. Walau dramanya dh habis di Tv. So layan di youtube je.😊