Thursday, December 19, 2019

Review Buku : Empayar 2 Hikayat Mukjizat Daripada Iblis (Teme Abdullah)


...Assalamualaikum...


Sekuel Empayar untuk review kali ini.



TAJUK : EMPAYAR  2 HIKAYAT MUKJIZAT DARIPADA IBLIS

KARYA: TEME ABDULLAH
MUKA SURAT: 488 HALAMAN


Plot twist, hal Abu Aiman di bab akhir yang hanya perlukan 1 helai setengah saja sebelum tamat buat aku terdiam seribu bahasa. Rasa rata-rata pembaca terkejut tambah aku sejenis tak suka langkau baca.Tertib orangnya.Hahaha..
.
.
Dari awal tertanya peristiwa 'Letupan Rumah Gudang" pada aku memang bukan apa aku fikir sebab mesti ada istilah aku tak faham. Rupanya rujuk kepada Armageddon (Peperangan akhir zaman). Jadi latar Kesultanan Aradhanapura ini kebangkitan selepas ribuan tahun peperangan tu.
.
.
Tergambar sosok Abuja dalam Imam Abu Aswad. Munafik!
Kali ini watak pelatih 8492 langsung tak ada. Harap Siri 3 kembalikan Putera kami.hihi...Banyak hal nak tahu sebab sebenar dia keluar istana, walau Daeng Anding ada sebut sebab tapi tak lengkap.Nak tahu sendiri alasan dari tuannya. Rasa ada sebab lain.
.
.
Dalam ni pelatih 6480 dan a-Kaf 3808 diangka jadi hero. Mengenai bangsa Bugis (Orang Laut) yang 6480 salah faham dengan nasab keturunan sendiri. Ikut sejarah setahu aku Orang laut ni hebat masa Zaman Kesultanan Melaka dulu.Diikuti, watak annoying juaranya masih 1636.
.
.

Babak Daeng Anding cerita pengembaraannya di luar Nusantara pada Andika. Aku masuk dalam watak tu seolah aku tak pernah kenal apa itu musim sejuk, luruh dll...syok macam Andika kali pertama dengar. Nampak tak kuasa ayat penulis.Haha..
.
.
Info/ilmu aku suka dalam siri ini.
1.Uniknya kain samping.
2.Hebat keris Melayu.
3.Seni bahasa-  maksud gelaran sultan.


Bertambah cinta dengan adat, warisan, zaman kegemilangan dan  kehebatan isi Nusantara.

***
Banyak lagi tanda tanya nak kena rungkai...
Mana Putera hilang?
Kenapa keris Mualim Jawa bagi pada Andika bergetar?
Dendam pelatih 1636 lepas terbongkar penyamarannya?
Sambungan watak Abu Aiman di plot twist?


Tunggu Empayar 3!








Wednesday, December 18, 2019

Chizu Drink



Assalamualaikum dan Hai..😊


Tak tahu nak cerita apa. Sebab aku baru cuba satu minuman ni jadi boleh kot aku tampal sini.

Pernah dengar Chizu Drinks. Rasa ada je Mall terpilihlah. Salah satu di IoI City Mall Putrajaya yang aku singgah nilah.

Ni kedainya. (Sumber google)
Berhadapan dengan DUBUYO dan tepi WATSONS.

Memandangkan aku,Cheese Lover maka mesti nak singgah nampak besar gedabak letak logo halal dengan bangganya. Jadi aku cuba.


Chocolate Cheese Rm12 (exclude service tax)

 First Impression, Oishiii...serius cheese dia piawww! Berbaloi. Dah jatuh cinta tapi...Ada tapi, lepas tu minum air kosong.Hahaha.. manislah sikit.Bagi aku manis dia boleh bawa bincang lagi.


Uniknya cara minum pengalaman lain sikit. Yang ni tak guna straw jadi ada cara nak minum. Staff ada terang tambahan cara ada kat penutup. Kena tekan sikit penutup hujung yang timbul tu, nak bagi air keluar, tapi jangan tekan tempat kecil macam straw nak masuk yang agak tenggelam tu kang tumpah.



Tipsnya.


Belah Kiri..Royale Milk Tea Rm8 (Exclude Service Tax)


Ini kawan punya. Pun sedap... tak manis pun. So bolehlah pada yang tak suka manis.
Dua ini jelah mampu cerita sebab first time cuba.

Nak repeat tak? Yes,Pasti nak!!!!!
























Friday, December 13, 2019

Review Buku : Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama (Teme Abdullah)


Assalamualaikum dan Hai 

Kali pertama review buku kat sini, selalu buat di Instagram tak pun akaun Good Reads. Mungkin pemula untuk simpan sini pulak...Ok, mula dengan penulis aku minat.


TAJUK : EMPAYAR  HIKAYAT PUTERA TANPA NAMA.
KARYA: TEME ABDULLAH
MUKA SURAT: 346 HALAMAN

Baru sempat tamatkan sebab kekangan masa dengan komitmen kajian ilmiah aku yang masih dalam proses disiapkan. Jadi dengan muka surat 346 ini agak lama masa diambil selalu boleh habiskan satu/ dua hari sahaja kali ini tak.

Karya yang berlainan dengan jalan cerita keluaran siri Jalanan. Kali ini betul-betul fiksyen imaginasi penulis.Tahu apa aku love teruk pada buku jenis ini. Sebab ada elemen Klasik + Futuristik (Berhubung masa depan). Sebab aku asyik sangat masukkan jiwa dan fikiran ke zaman klasik itu.Wow, i like it. Tenggelamnya aku ke zaman itu.

***

Penulis jadikan latar masa cerita seperti zaman-zaman Kesultanan Melayu dan jadikan latar masa kini satu keadaan masa lampau. Satu masa yang berdekad lepas.Yang ni bila di bab Kawah Lumpur, Pulau Singa kita perasan dari penceritaannya.Bila disebutnya nama-nama tempat seperti: 

Madrasah Taming sari - Melaka
Kawah Lumpur - KL
Pulau Singa - Singapura


Cerita imaginasi tentang tempat yang tak asing pada kita itu, diubah jadi hal lain...itu pada andaian aku sepanjang baca.

Al-kisah, terciptanya satu latar tempat iaitu Kerajaan Kesultanan Aradhanapura yang mengambil penuntut terpilih untuk belajar menjadi pahlawan. Dengan pelbagai peraturan termasuk tidak memakai nama sebenar hanya dikenali dengan penuntut bernombor. Watak utama 8492 dan antagonisnya 1636.

***

Hal di highlight adalah isu 'penunggang agama".Di sini, adrenalin aku bermula saat perdebatan antara 8492 vs 1636 tentang isu cinta. Dek kerana kawan baik 8492 iaitu 6480 difitnah mencemarkan kesucian madrasah kerana berhubung dengan tunangnya.Banyak hadis, ayat Al-Quran di guna sepanjang pendebatan ni. Dua bab kot dihuraikan. Banyak hadis dan ayat Al-Quran diguna untuk beri hujah dan justifikasi. Aku rasa memang perlukan penyelidikan, rujukan dan pembacaan yang tinggi untuk ulas benda ni. Syabas buat penulis. 

***

Satu lagi aku suka bab Doa Makan. Sebelum ni aku dengar masa nak cari parking kereta orang cakap dekat aku jom baca doa makan. Pada aku mula agak pelik tapi fikir logik tak salah pun itukan doa. Ada maksud sendiri. Maka, penulisan ini pun ada terangkan lagi detail mengenai doa makan saat Tuan Mursyid Bija (Pengetua Madrasah Taming Sari) asyik baca doa ni je.

***

Last aku suka, analogi yang penulis selalu gunakan dalam kebanyakan bukunya. Peminat buku Teme pasti tak asing dengan cerita analogi macam ni. Hal aku suka tentang karya Teme Abdullah. Analogi Roti dan Ikan ketika para penuntut mengembara ke Pulai Singa saat kejutan budaya para penuntut lihat adanya tempat pelacuran di situ. Ia, terkait dengan dakwah dan hidayah Allah.

Maka, tak rugi baca..dalam kita berfantasi diselitnya ilmu yang amat banyak. Ianya tidak kosong.

Quote Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama: 
" ILMU AGAMA INI UMPAMA SENJATA YANG BOLEH DIMILIKI SESIAPA. JIKA SENJATA ITU JATUH KE TANGAN YANG BAIK. AKAN DIGUNAKAN SENJATA ITU UNTUK MENYERANG YANG JAHAT NAMUN JIKA IA JATUH KE TANGAN YANG JAHAT AKAN DIGUNAKAN SENJATA ITU UNTUK MEMUSNAHKAN YANG BAIK"







Monday, December 9, 2019

Lelaki Mencurigakan


Assalamualaikum dan Hai 


Cerita ni jadi dekat Cimb Bank UPM. Dah lama baru kesempatan nak coretkan di sini. Kali pertama jadi dalam hidup dan berhadapan dengan keadaan macam tu. Selama ni keluar masuk bank tu tak kira malam siang ok je. Malam tu mungkin di uji.
.
.
13/ 11/19
Aku dan kawan ni baru balik dari photoshoot pre-convo. Habis dah senja sebab mula pun dah petang. Lepas habis tu pergi makan dan kawan nak singgah bank dulu. Waktu sekitar pukul 8 lebih.Malam masih muda kan. Aku masuk sekali dengan kawan sebab nak cucuk duit. Masa masuk, ada dalam 3 orang..Seorang pak cik, perempuan dan lelaki muda. Aku masuk terpandang laki muda ni tengah guna mesin ATM pandang aku. Tapi anggap tak ada apalah biasalah ada jenis yang suka pandang bila orang masukkan,jadi, normal pada aku.(Husnudzon) Aku terus ambil mesin ATM tepi laki muda tu. Memandangkan mesin lain orang guna itu antara kosong. Kawan pula dah ambil mesin ATM hujung tepi Mesin deposit. Masa buat urusan keluarkan duit, aku perasan laki ni asyik jeling aku je. Aku tengok dengan ekor matalah, dia duduk tekan-tekan mesin ATM depan dia. Masa nak masukkan password, aku tak selesalah mamat ni kenapa pandang-pandang. Aku tekan cepat-cepat dengan badan sengetkan sikit nak bagi lindung. Tunggu duit keluar hati aku dah tak sedap. Sumpah, aku cuak sebab semua orang dah keluar kecuali laki muda tu saja. Pak cik dan sorang lagi dah selesai.. Tinggal aku, laki muda tepi aku dan kawan aku yang kat hujung sana saja, yang tak tahu kegelisahan dan takutnya aku. Husnudzon aku dah lenyap! Aku takut laki tu ada niat tak elok dah.
.
.

Duit keluar terus simpan dalam dompet dan laju aku pergi dekat kawan. Laki tadi masih duduk di ATM tadi. Apa kau buat lama sangat walhal kau dulu ada sebelum aku dalam bank ni. Orang-orang tadi pun dah blahh. Kawan boleh pulak nak guna deposit maka aku kena tunggu. Mulut aku nak cakap dekat kawan bahawasanya aku tak sedap hati, boleh tak kita pergi dari sini. Tapi tak ada kekuatan, walau masa tu kawan ada tanya aku. Kenapa? Aku diam ibarat di gam. Sebab nampak laki tadi datang dekat kami dan berdiri tepi mesin deposit sebelah kawan aku. Cimb UPM ada 2 mesin deposit.
.
.
Laki tu memang ada tekan-tekan mesin tu. Kawan aku pun perasan dah masa tu laki tu sambil tekan mesin mata dia asyik pandang kami berdua. Aku diam.. kawan pun diam sambil buat urusan di mesin. Aku tau kawan pun tengah takut lebih-lebih bila nk masukkan password.Aku syukurlah sekurangnya dia faham apa aku rasa saat tu. Tapi kami tak ada kekuatan nak cakap antara satu sama lain. Suasana sunyi sepi,baik aku, kawan dan laki tu. Kawan ada pandang laki tu, sebab tak selesakan asyik jeling-jeling kami. Tapi laki tu buat-buat tengok tempat lain. Aku dah mengeletar badan. AKu cuma terbayang laki tu akan keluarkan pisau je. Boleh sangat kalau nak buat, tak ada sesiapa kawasan tu, kami dah perempuan. Untuk pengetahuan Cimb dekat luar langsung tiada orang, depan tu agak gelap. Sunyi. Agak-agak kalau kena rompak tu tak ada siapa nak dengar. Polis UPM selalu je ronda kawasan tu mungkin masa kami ada tu tak kebetulan je.
.
.
Suasana krik..krik.. tu berlarutan semasa urusan tu. Hinggalah kawan aku keluarkan idea yang aku tak tahu bernas atau tidak. Selamat atau memudaratkan. Tapi cuba nasiblah. 

Kawan : Mida..tadi kat depan (Cimb) ada poliskan?
Aku: Haa...Ya, Ada! (Nasib baik dalam takut otak masih berhubung) 
Laki Muda : Terus tangan berhenti tekan mesin desposit, nampak dia gelabah dan blah macam tu je.

Satu lakonan spontan jadi yang membuatkan mamat tu pergi.(Kuasa Telepati giler)

Kawan tarik je kad dari mesin terus kami keluar dengan laju ke kereta. Sempat aku jeling mesin deposit mamat tu guna. Apa aku nampak dia tak sempat tekan keluar pun dari urusan dia tadi. Tinggal macam tu je.Dan... Alahai ingat dah lepas, mamat tu dah hilang.
.
.

Cantik pulak... rupanya kereta mamat tu parking tepi kereta kami ni. Aku laa, baru nak tarik nafas lega tetiba dia ada lagi dalam tu buat apa entah. Kawan pulak boleh lambat tekan butang buka kereta. Dia pergi pusing nak tengok laki tu lagi dek geramnya. Aku jerit minta kawan buka pintu cepat.
.
.

Masuk kereta lock, masa nak pergi. Kereta laki tu masih kat situ. Dengan tangan menggigil snap no plat kereta dia. Dek tangan ketar kabur. Ambil lagi kali kedua baru clear dan blah. Aku nak ambil pun takut, kot dia perasan aku ambil plat dia. Buatnya keluar marah dan  pecahkan cermin kereta kami macam mana? tapi gagahkan diri juga. Duduk kalut dengan kawan cakap aku takut-takut, dada masih berdebar semua. Pada awal tak fikir nak buat laporan polis. On the way nak sampai kawasan kolej kediaman fikir kena buat. Buat ke orang lain kena apa-apa. Kebetulan masa aku dan kawan nak blah ada perempuan nak masuk pulak dan laki tu masih dalam kereta dia. 
.
.
Jumpa polis di Pintu 1, cerita pung pang2x..Polis arahkan kawan dia pergi ronda Cimb. Balik je polis tu cakap no plat yang aku kasi tadi dah tak ada. Memandangkan musim konvo nak mula ramai sangat orang luar ke luar masuk. Polis tu cakap nak buat report kena gi pejabat.
.
.
Pejabat Operasi Bahagian Keselamatan UPM. Kat sini lebih detail kami bercerita dengan pegawai En. Raja dan Sarjan. Semua maklumat kami ingat tetang laki tu A-Z cerita. Polis Trace no plat pun tak ada dalam senarai pelajar. Tak tahu sama ada pelajar yang bawa kereta secara haram( Tak ada sticker) atau orang luar. 

****************

Satu hal yang aku belajar daripada Polis tu.Dia ada pesan: 

Walau dekat mana kita sekalipun, jangan pernah percaya orang 100%. Wajib kena ada rasa curiga dengan orang sekeliling untuk kita berhati-hati. Walau dia nampak biasa dan baik-baik tak tahu apa niat dia. Berkemungkinan dia ada niat tak baik kita mana tahu.
(En. Raja)

Tak semestinya dah kena sesuatu jenayah tu baru nak kena lapor polis. Kena berani ,kalau curiga apa-apa datang bagi tahu. Boleh kami pantau dari awal bukan nak tangkap terus orang yang mencurigakan tu sebab nak buat macam tu pun tak boleh tapi kami akan tanya dulu orang berkenan dll.
 (Sarjan)

Jadi, hati-hati walau kat mana-mana. Ya, sejujurnya setiap kali aku pergi bank mesti akan takut dan paranoid dengan orang sekeiling. Banyak sangat kes orang kena macam-macam lepas urusan di bank. Yeah, satu pegalaman untuk di ambil iktibar lepas ni.














Thursday, December 5, 2019

COMMON SENSE MANA ???


Assalamualaikum dan Hai 😊


Rasa nak membebel sikit hal common sense. Sebab benda ni ceruk dunia kita pergi pun boleh guna. Terutama yang hidup di Kolej Kediaman semestinya ada roommates or housemate. Jadi aku fokus yang tu ok. Demi kelangsungan hidup pentingnya COMMON SENSE atau bahasa mudah benda-benda yang kau sendiri boleh fikir secara waras dan logik, sama ada kau nak guna otak pemberian Tuhan atau pun tak je.

Aku senaraikanlah ya, dengan pengalaman seciput ini selama menjadi pelajar yang berkongsi bilik. Benda ni berdasar perhatian aku sendiri, benda yang jadi pada aku, aduan dan rungut dari member aku dll.

************

1.Bagi Salam - Kita Islam kot, tolonglah nak masuk jangan main redah je main terjah sesuka hati bikin orang terkejut weh. Adab mana Adab?

2.Bab makan - Ringankanlah mulut tu ajak sekali kawan makan,tawarkan sedikit ke, duduk satu bilik kot. Ini tak, hadap makan sorang-sorang. Satu lagi, nampak kawan sibuk dengan tugasan sampai tak sempat turun cafe tak salahkan tanya ada nak kirim apa-apa tak dari kau makan sorang depan dia nanti.Pahala pun dapat.

3.Lampu- Ini banyak sangat aku dengar rungutan. Tahu nak stay up tapi boleh tak guna lampu belajar. Lampu utama sila tutup ingat sikit member lain nak tidur bukan sekaki nak stay up sama. Kalau lampu belajar tak ada sila beli demi keselesaan bersama. 

4.Bergayut/ otp - Tak kisahlah dengan pakwe/makwe, family atau sesiapa sila perlahankan nada anda. Ingat orang nak dengar sangat?Aku tutup pakai earphone telinga pun boleh dengar suaranya alahai..Kalau tahu suara tak boleh kawal sila otp luar bilik senang.

5. Earphone - Tahu kau layan lagu, movie so on..boleh tak pakai earphone. Fungsi benda tu bukan saja nak bagi clear dengar, angkat call masa memandu masa nilah kau boleh guna juga demi tak ganggu roommates. Rimas tahu tak!

6. Pinjam barang/ hutang - Kalau nak pinjam cakap, lepas tu tolong reti pulangkan balik jangan buat harta sendiri. Duit satu hal, kalau pinjam pandai-pandai fikir pulangkan takkan nak bertukar kepada jadi duit biasiswa untuk kau pulak kan. Malu muka nak minta duit balik walaupun itu hak kita. Kita sesama pelajar fahamlah duit tu penting nak survive aku pun nak pakai duit.

7.Rosakkan barang- Kekadang ada masa benda tak disengajakan kita rosakkan barang member. Tak terasa bertanggungjawab ke nak ganti balik? Walau kamceng macam mana pun kita, dia cakap tak apa atau diamkan. Jangan buat muka tembok ingat kawan kau ok. Dalam hati mana tahu, BERTANGGUNGJAWABLAH 

8. Buka tingkap/ tutup tingkap - Ni spesis aku jumpa jugak jenis tak nak buka tingkap. Kau fikir ini gua? Bilik kau duduk sorang nak berperangai macam tu silakan. Ini kau kongsi, maka bukalah ingat tak semua orang macam kau boleh hidup dengan bau kepam.Satu lagi jenis tidur tak tutup tingkap. Kita perempuan kot elok sangat ek tidur tingkap terbuka nak tunjuk aksi apa? nak buat tu sila fikir keselesaan orang jugak.

9. Menyapu- Mohonlah gilir-gilir menyapu sekitar bilik tu. Ini mentang-mentang roommates pembersih harapkan dia je. Masa dia sibuk pulak kau buat apa? Berhabuk, berpasir pun buat donno ke? Apa salahnya giliran kita pulakkan.

10. Plastik/ Pembalut makanan- Sekali jumpa terselit bawah katil, bawah meja aku boleh terima fikir terlupa. Tapi kalau  dah berkali-kali aku nak fikir apa? Dah habis tu tolonglah buang terus kalau dah tahu jenis pelupa. Mula-mula lupa lama-lama jadi tabiat. Nak ke???

11.Pinggan/Cawan kawan - Nak pinjam sila lepas guna boleh tak tolong cucikan, letak elok-elok tempat asal. Ini, dahlah kita buatkan air lepas minum letakkan bawah katil tak berbasuh. Alahai gadis...

12.Ampaian - Kalau nak guna silalah fikir tuannya pun nak guna. Sila angkat jangan biar kain tu kering hangit kejung situ. Kalau ampaian kau tak apa juga. Lepas  tu, ampaian tu dah lah kecil je berapa Kg je boleh tampung aku tengok sampai senget nak roboh ampai tu kau kerjakan dengan baju bertimbun baru nak basuh mangsanya ampaian orang.

13. Bawa kawan masuk bilik - Tak nafi kekadang kita bawak kawan untuk buat group discussion, nak borak.Tapi itulah masa kena tengok juga kalau dah nak tengah malam roommate nak tidur weh. Boleh kot slow-slow blahh..Dari duduk bising tepi telinga orang.

14.Privasi - Almari, meja belajar, telefon. Ikut logik kita sendiri suka tak orang tengok barang peribadi kita. Hah, rasa-rasa orang suka tak kalau kita dengan tak bersalah buka itu ini. Hormat privasi orang !

15. Jangan letak barang/ panjat katil orang- Tak cukup katil ke kolej ni bagi kau nak tumpang barang kat katil member. Pergi mintak katil satu lagi kalau dapat lah. Rasa nak size king ke apa an. Jenis panjat-panjat ni, alahai itu tempat baring orang..kaki kau tu entah mana-mana pijak suka-suka nak  naik. Tahu tak member tak selesa 

16. Beribadat- Tak salah nak mengaji, ada yang mengadu dekat aku roommates mengaji suara kuat. Ganggu fokus nak taip kerja nak tegur kan takut salah faham  maklum benda baikkan. Tapi kalau tahap dah ganggu macam mana? Satu lagi, dah tahu kawan nak solat, mengaji tolonglah pakai earphone kalau nak dengar apa-apa bukannya bertanding volume dengan kawan nak mengaji pulak.

17. Jam - Aku pantang benda ni. Jenis kunci jam tak bangun. Memekak je tahu tak. Kalau tak nak bangun tak payah set. Apa kata kau suruh je member kau kejut dari ganggu orang bilik. Volume kalau boleh satu blok dengar. Tolonglah....

18. Bangun subuh - Tolonglah kejutkan sama kawan tu, kalau dah bangun. Ini tak buat senyap-senyap kot dia terbabas, atau memang  nak masuk syurga sorang-sorang? Dah tempahkan lupa....

19. Duit Minyak - Kalau tahu menumpang kawan tak kisah motor ke kereta hulur la duit minyak/ tol sikit. Kawan kau anak jutawan tak apa. Istilah menumpang itu hadam sikit, sensitif sikit boleh?

20. Pintu - Kalau masuk sila tutup. Kalau keluar sila tutup jugak. Simple.Ingat ini cerita P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok ke.Haiya...Tambah lagi satu, sila tutup perlahan-lahan bukannya mau roboh pintu kau tutup.Rosak harta kerajaan weh.Urmmm...

21.Singki - Pantang aku jenis tak reti nak basuh lepas guna. Sisa-sisa makanan melekat eh Tuhan cipta tangan gunalah korek sikit sisa tu masuk tong sampah. Nak tunggu berkulat, berbau, berdaki singki tu kalau tak cuci. Nak tunggu mak cik cleaner. Kalau sabtu ahad tu. Hah nak tunggu Isnin cleaner datang mahu membiak bakteria kat situ. 

******************

Rasa itu common sense untuk kita renungkan bersama. Tak kira duduk asrama, menyewa atau dekat mana bawalah common sense bersama ya.Aku cerita ini secara umum sepanjang duduk asrama dan kolej kediaman kepada yang terasa maaf sangat. Kita sama-sama betulkan dan hidup harmoni ok. Chill...💖









Tuesday, December 3, 2019

GAMES COMEL !


Assalamualaikum dan Hai....😉

.
.
.

Adalah satu kali tertengok story ig, eh bukan tertengok tapi memang selalu tengok pun haha..Ig seorang penulis novel fan fiction ni nama pena donutbenmochi..a.k.a Miran Othman. Kali kedua rasanya beli karya dia yang tu cerita lain kali. Sebab hari ni nak story mory pasal games yang aku terjebak sebabkan Kak Miran ni laa heboh kat Ig sampai semua pengikut dia terjebak termasuk aku.LoL..

Aku bukan kaki games weh, tapi kali ni memang aku terjebak..addicted sangat. Sebelum ni fon aku clean je dari games apa-apa. #fakta

.
.

Games tu ialah Miya's Everyday Joy of Cooking.Hah, masak?  mestilah games ni ramai perempuan yang install kan.Lelaki apa class main games ni..huhu. Sebab aku suka terutama COMEL.Aku benda-benda comel teramatlah suka.. Games ni penciptanya orang Korea. Biasalah, Korea comel-comel ni win kan.
Aku suka Grafik games ni sangatlah comel ada Miya, Minho dan seekor kucing nama Nacho. Entah berapa kali aku nak cakap comel tah.Hihihi..
.
.
 Games ni macam puzzle je..tengok ni gambarannya :- 

Yaa..Aku stuck level ni tak dapat2 ke level resepi  lain.. sob..sob..

Resepi ni macam kalau kat Malaysia macam begedil laa. Dapat tahu macam-macam makanan kebiasaan orang Korea. Banyak level main banyaklah tahu jenis makanan.


Ni grafik rumah Miya aku maksudkan..


Lepas habis satu-satu level yakni resepi tu boleh laa letak dalam Miya punya Instagram. Hahaha..comel...Again!!!

Baru 3 guys,sadis.....

Bolehlah cuba sekadar nak hilangkan bosankan..Good Luck!





Saturday, September 14, 2019

BERSANGKA BAIK DENGAN SAHABAT


.
.
.
ASSALAMUALAIKUM DAN HAI 😇


Kali ini tajuk disebabkan aku ada terbaca satu buku mengenai sahabat. Aku rasa semua orang perlukan sahabat dalam hidup. Tak kisahlah serapat mana, sebaik mana sesederhana mana kan? Tetap digelar S.A.H.A.B.A.T . 

Satu lagi siapa kat sini pernah gaduh dengan sahabat dia? Memang rare laa kalau tak gaduh. Haha. Walaupun tak gaduh ada terguris rasa, kecil hati ke apa-apakan sama ada nak ambil kisah atau biarkan.

Pada buku aku pernah baca ni, menunjukkan cara mejadi optimis dalam persahabatan. Seperti dinyatakan dalam tajuk tersebut SANGKA BAIK.
.
.
.
Demi mengelakkan pertelagahan benda pertama perlu dielak adalah syak wasangka. Benda ni bukan boleh dipraktikkan pada sahabat je tetapi umum dalam hidup bermasyarakat. Cuma posting ini tekankan soal hubungan persahabatan. 

Macam mana nak elak ada pergaduhan adalah tidak lain tidak bukan ubah mentaliti ke arah positif. Set segala KEMUNGKINAN dalam kepala kita. Fikir benda-benda yang baik anasir jahat yang mengganggu fikiran.

Jangan melulu memberi tuduhan dan andaian kurang elok tetapi gantikan kepada kemungkinan positif. Sebagai Contoh yang pernah jadi dalam hidup aku dan masa untuk beramali.

Sahabat lewat datang dengan waktu dijanjikan. Dahulukan cakap dengan diri sendiri " Dia tak ada transport lagi kot" "Dia kena buat kerja rumah dulu tu" " Dia ada masalah di jalan tu". Tak adalah kita nak tuduh macam-macam dia tipulah, tak ingat janji laa dll.

Nak contoh lagi?

.
.
.

Sahabat bertindak dingin layan kita nak tak nak saja. Ligatkan fikir kemungkinan. " Dia ada masalah peribadi kot"  " Dia sakit agaknya" " "Aku ada buat salah dengan dia kot". Haa, jangan terus hukum dan ikut panas hati je boikot gak hubungan tu. Baik selesaikan dengan bertanya daripada bersangka kan?

Semua andaian itu umpama mampu rasionalkan diri dan luruskan hati daripada menyimpang ke arah bisikan syaitan.


Aku tahu kekadang kita tak mampu nak sepositif itu semetelah dah mengenali dia sekian lama. Tetapi lama  ke tak adakala masalah dan musibah tak terjangkakan. Bak kata pepatah " Malang tidak berbau".

Fikir baik-baik mungkin saat tu dia ada masalah.

Kalau tetiba jangkaan dan andaian kita cipta bertentangan macam mana bila dapat tahu? 
.
.
.
Sabar jap ye... Sekurang-kurangnya dalam tempoh itu kita berjaya lawan nafsu marah dan berlawan dengan isikan jahat untuk prasangka bukan-bukan. Pahala pun dapat. Jangan cakap rugi, tiap apa yang kita buat pasti ada ganjarannya tak pernah salah dicatatkan segala amalan baik. 

Doa sama-sama kita mampu jadi orang positif dengan cara ni persahabatan kita akan berpanjangan dan berkekalan Insya-Allah.

P/S: FIKIR POSITIF HATI KITA PASTI TENANG.

Wednesday, September 11, 2019

Cerekarama:Insan Terpilih TV3 (Iktibar)

.
.
.
Assalamualaikum dan Hai....😇



Rata-rata yang menonton drama ini mesti akan kata sedih. Yup, semestinya aku sendiri berlinangan air mata. Lepas habis drama ni baru aku tahu kisah ini inspirasi kisah benar dari seorang hamba Allah bernama Hussin.Yang dikenali penduduk seorang gila.Namun dalam drama ini watak diberi nama Firdaus lakonan Syazwan Zulkifly. Skripnya ada diambil dari arwah Hussin itu dan semestinya ada tokoh tambah dalam penceritaan itu lumrah dalam adaptasi.

Maha Suci Allah, Dia ciptakan apa yang di bumi bersebab dan kebijaksanaan-Nya mengatasi segala. Hanya datangkan seorang yang bukan normal untuk dijadikan iktibar kepada manusia normal. Sesungguhnya nasib seseorang tidak sama. Qada dan Qadar hidup Si Firdaus a.k.a Hussin ini diuji dengan dugaan sebegitu di dunia.Nak tahu lebih lanjut hal Hussin itu sila godek Youtube ye.Huhu..
.
.
.
Kisah ini buat kita banyak fikir dan renung dengan kata-kata dan perbuatan Si Istimewa ini. Aku lebih suka sebut Istimewa berbanding Gila, kerana dia layak dipanggil sebegitu. Kisah yang penuh isi pengajaran.

1.


Babak Firdaus sering kongsi makanan pada SEMUT. Benda ni walau nampak macam tak masuk akal tapi kesannya buat kita fikir. kita hidup di dunia ini bukan manusia sahaja tetapi makhluk lain pun jadi penghuninya.Maka rezeki kita bukan hak kita saja dalam rezeki kita ada juga untuk makhluk lain.

2. 


Daus tak nak kutip tahi cicak di karpet guna penyapu. Katanya pakai tangan lagi banyak pahala. Otak dia asyik fikir nak banyakkan pahala je. Walau cara dia agak pelik tapi hati dia suci jaga rumah Allah. Fikir sejenak, kita kadang-kadang nampak tahi cicak di masjid ada tak ringan tangan buangkan,atau harapkan "Ala..Tok Siak kan ada". Sedangkan sekecil-kecil perbuatan pun pahala.

3. 

"Orang ada tangan ada kaki boleh cari makan sendiri arr"...Dia yang tak normal pun keluar kata yang bernas. Tak meminta,makan dia hanya sekadar untuk hidup dan abdikan diri bersihkan masjid je. Habis orang yang sanggup menipu untuk minta sedekah tu macam mana? Baik lagi dari si Tak Normal ini kan..😞

4. 

Dia pakai berus gigi je sental tandas masjid.Katanya,aku bersihkan guna berus ni sebab nak dapat banyak pahala. Yalah,kalau berus besar cepat siap.Jadi,dia nak berlama-lama barulah bertambah pahala. Ayat dari si Istimewa ni selalu rentap hati. Macam mana pulak  kita nak buat banyak pahala?

5.


"Kalau rasa diri tu kosong mengadulah dengan Allah.Insya-Allah"
Watak antagonis dalam drama ni dengan nakalnya tapi berubah hanya kerana Fiedaus. Pelbagai asbab untuk Allah berikan hidayah pada hambanya. Walau hanya seorang yang tak Normal.Hidayah ini pada awalnya mungkin datang daripada teguran orang tetapi jika Diri tak usaha berfikir dan belajar dan bertindak selari dengan teguran Tuhan maka ianya takkan jadi. 

6. 


"Kau malu dengan manusia ke Allah. Kau kena malukan Allah tau.Allah bagi kau semua,Allah tak minta apa pun dari kau, kenapa kau nak berkira dengan Allah"
Teguran dan nasihat itu jangan pandang pada siapa yang berikan. Ambillah teguran itu, segala bentuk kebaikan itu adalah Islamik bukan? 

7. 



Babak yang berair mata, permintaan terakhir Firdaus untuk azan.
Disebabkan dia selalu di masjid tengok orang solat, cuci masjid dan dengar ceramah di luar pintu. Siapa sangka dia boleh azan. Dengan hanya memerhati selama ini. Speechless dengan kuasa Allah mahu tunjukkan kebesaran-Nya.

8. 


Kematian yng dicemburui. Orang yang dilihat kotor, busuk, jijik. Allah muliakan jenazahnya. Diganti dengan haruman semasa orang memandikan jenazahnya. Kita belum tentu dapat nikmat sepertinya. Jika di dunia pun Allah dah perlihatkan pada kita Insan ini istimewa.Agak-agak, di mana tempat dia? Mulianya disisi Pencipta.

Jangan kita berburuk sangka kepada orang lain, syurga dan neraka bukan kita yang berikan tetapi Allah. Biarlah penilaian Allah itu yang memilih siapa yang layak.


"Biar kita hina di mata manusia,asalkan kita mulia di sisi Allah SWT" :- (Ustaz Zaki,Insan Terpilih)





Berblog Lagi????

.
.
.

Assalamualaikum dan Hai.......😇

Wujud lagi aku kat sini ya, Hihihi... Sekian lama aku tak update apa-apa. Timbul kesedaran apa entah kali ni. 

Awalnya tertubuhnya blog ni atas tuntutan tugasan kuliah aku masa sem akhir Ijazah. Sebelum buat blog ni, aku memang sering juga baca blog-blog orang lain. Bermula dulu zaman sekolah nak cari tahu hal Jepun dan seterusnya aku mula asyik dengan pembacaan blog. Kekadang terfikir macam mana nak buat blog ni, tapi masa tu fikir jelah sampai masuk Universiti fikir,Hahaha..Fikir je tak teringin pun nak buat masa tu.

Rezeki agaknya, masuk Uni ada subjek Multimedia jadi secara tak langsung aku belajar walau sekarang masih tak teroka banyak dalam ni. Last upadate bila dah habis kelas tu aku dah tak buka lagi.Maklumlah, tugasan dah tamat dan Ijazah dah habis.Huhuhu..Urmm,2019 pun lagi 4 bulan dah nak labuh tirai, tup tup.. aku sedar nak berblogger lagi.
.
.
.
Kenapa aku sambung buka blog kembali? Hari ni aku sedar pasal blog ni, apa khabarlah blog aku. Buka-buka, baca entri lepas timbul rasa kenapa tidak aku teruskan je.

Lagi satu aku perasan, aku ni suka sangat nak membebel. Kalau yang kenal, aku ni memang pendiam. Tapi 1 hal aku tak boleh diam ialah TANGAN !!!! Haah, tangan aku asyik nak menaip je nak kongsi apa-apa. Selalu aku guna nak kongsi cerita di Instagram dan Story Whastsapp. Ig banyak bebel buku je.

Story Whatsapp aku boleh kata hari-hari aku duk bercerita. Kadang-kadang panjang. Story limited sangat kata yang boleh taip, jadi terpaksa aku taip banyak story. Kesian pada list contact number aku yang sudi habiskan data nak baca sampai akhir. Dari sini, aku fikir alang-alang kau nak bebel baik guna platform blog sedia ada.
.
.
.
Tambahan lagi, aku sekarang cuba nak jadikan diri aku sibuk. Yup, aku bukan multitasking punya orang tapi target aku buat diri adalah sibukkan diri dengan semua sudut. Aku cuba nak disiplinkan diri dengan buat macam-macam benda.Nak buat macam-macam ni kena pandai bagi waktukan. Jadi,aku cuba Insya-Allah. Ini atas dorongan lepas aku baca buku dari seorang penulis aku minat gila-gila.

Jadi ke idokk, doa-doakanlah moga misi aku berjaya.Moga Allah permudahkan urusan kalian juga. Aamiin.

Jumpa entri akan akan datang...Fighting Mida !!!!

p/s: Kalau semangat Berkobar-kobar Tanpa Usaha Pun Tak Guna.Yang mengubah tu, Diri Sendiri. (Arkitek Jalanan, Teme Abdullah)






Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....