Tuesday, November 13, 2018

BBM3410/18 : LIKE YANG BERHARGA

.
.
.

Hah kenapa like tu berharga? Ini semua sebab kelas multimedia. Selama ni gambar-gambar di Instagram dapat like ke tak kau tak dapat apa-apa pun kali ni sebabkan LIKE daripada Prof maka in shaa Allah dengan rasminya kami dapat markah.

Haaaa.... tu dia. Nak lagi bagus jika pakej dapat komen Prof itu tandanya #Kelakar kami berjaya. 

Tapi kan... entah kenapa laa # tu aku buat tak pernah kelakar. Tetiba rasa macam susah jugak nak buat kelakar ni.hahaha...

Memang jenis nak masuk Maharaja Lawak Mega kategori tak boleh masuk langsung.

Tapi dapat LIKE prof itu aku tertunggu, tak senang duduk kalau Prof tak sudi LIKE . Hahhha

Tak pernah aku tunggu orang LIKE Instagram weh.

Terima Kasih Prof.







BBM3410/18 : SERLAHKAN BAKAT YANG TIDAK SEBERAPA ADA_ II

.
.
.

Minggu 9 dah kuliah aku, jadi minggu baru adalah minggu dengan tugasan multimedia yang baru. Setelah video pertama iaitu One Shot sudah dipersembahkan dengan rasa macam tak ada muka di depan sebab malu.Hahha... sekurang-kurangnya dah selesai. 

Walau video kami tak berapa sempurna,hahaha..Alhamdulillah betul pun dah ok kan.Urmmmm..Jom teruskan kepada tugasan kedua.

Tugasan seterusnya, Prof N minta kami laksanakan video One Shot Two Layer pulak. 

Video ni, ada 2 Layer sebab akan ada orang yang menyanyi dan ada orang yang lakonkan lirik lagu tu. Dengan tu, kami perlu mencari lagi lagu yang bersesuaian untuk senang kami buat tugasan ni.

Kumpulan aku, Akasia Production telah memutuskan untuk membuat lagu Sahabat nyanyian Najwa Latif, Syamkamarul & Sleeq. 

Sesuai sangat laa tu Sahabat kan,Yeah  tak dapat dipertikaikan laa....

Jadi tunggulah hasilnya yang akan ditayangkan di kelas minggu depan.




Monday, November 12, 2018

BBM3410/18 : PUTRAJAYA? ON !!!!!!!




Hye geng.. Kali ni nak laa sikit cerita hal aktiviti hujung minggu aku. Kami geng yang ambil bahasa Arab ada tugasan yang memerlukan kami ke sana. Yang nak buat kerja 4 orang je lagi 4 orang pulak join sebab alang-alang keluar  jadi masing-masing ikut sambil hilangkan segala tekanan yang ada.

Al kisahnya, kami sewa laa kereta Alza untuk tempoh 12jam, kawan aku yang bawa. Dia lesen baru lagi, kali pertama bawa kereta besar, pertama kali bawa jalan highway. Sesungguhnya tahap yakin dia memang tabik laa..Hahaha. Walau masa ambil kereta tu kami seisi kereta sangat cuak, takut dan memang aku pegang kusyen kereta macam nak terkoyak punya laa..tahap gelabahnya. Nasib baik tak bawak yassin baca kat belakang.Huhuhu...memang kepoh mulut isi kereta bagi arahan dekat si driver aka kawan kami tu.

Aku tak tahu laa macam mana dia kawal tahap tertekan dia bila semua orang takut,hahha... Kalau aku dekat tempat dia memang aku turunkan semua kawan jenis macam ni tepi jalan tinggal pandai-pandai cari grab. Hahaha.. sebab aku jenis kalau orang tak percaya aku bawak tak boleh pandu macam tu tension weh.Orang lain kecut perut aku lagi laa jatuh keyakinan aku.

Jadi kepada kawan aku tu Cik A sila bangga sebab boleh kawal keadaan yang agak memberi tekanan itu.Dengan bawak macam orang tak ada perasaan. Haaa Tepuk sikit kat dia....hahaha.

Alhamdulillah sampai jugak destinasi, dengan selamatnya walau macam-macam jadi. Masjid Putra. Masa? Haaa... sempat laa 2 3 kali baca Yassin baru sampai.Hiiii....Semua dalam kereta jenis tak tahu jalan pakai waze je.

Sesi bergambar bermula demi tugasan Arab...sana sini habis sudut laa. Cukup laa kongsi sini 3 gambar je ok.

Yang ni Photographer adalah Guard Khairul yang pandai cakap 7 Bahasa Asing tu

Gigih Trainee untuk apa entah tolong ambilkan
Terima kasih.

Dapat jugak bergambar dengan Guard Khairul namanya,
Yang pandai cakap 7 bahasa asing, kenal pun sebab dia viral hari tu.
Memang kami dengar dia bercakap Jepun masa  tu sebab
masa kami pergi ramai sangat foreigner dari Jepun dan China.



Wednesday, November 7, 2018

BBM3410 /18: MEMANIPULASIKAN SYAITAN






Berdasarkan tajuk tu kau rasa macam mana tu?

Ini aku dengar dari sahabat aku, dari perkongsiannya pada aku. Jadi aku nak kongsi balik pada pembaca yang sudi melawat dekat blog aku yang tak seberapa ni laa...terima kasih ye.

Bagi mengubah diri kita ke arah lebih baik sememangnya tak mudahkan? Ya. aku tau tu... sebab kekuatan dalam tu perlu kuat untuk terus beristiqomah.

Memanipulasikan  syaitan ni salah satu cara yang patut kita praktikkan, jadi nampak laa kita berusaha menjadi lebih baik. Allah pandang usaha kita In shaa Allah dengan izin-Nya kita perlahan-lahan akan keluar dari maksiat, perkara lagha, dosa-dosa kecil yang kian membukit tanpa kita sedar.

Tak apa, kita sama-sama cuba perlahan-lahan.

Cara yang aku dengar dari sahabat aku tu adalah dengan cara DENDA diri kita sendiri bila kita buat dosa atau maksiat apa-apalah yang jahat. 

Macam mana pulak tu ye?

Dengan cara kau kena bertekad dengan diri sendiri dengan dosa kau buat tu kau perlu gantikan dengan amalan soleh atau apa sahaja perkara yang mendatangkan pahala walau cuma perkara kecil.

Contoh cakap kat diri sendiri:

1. Kalau terlepas solat subuh ke  kau akan baca quran 2 3 4 surah perlu habiskan.

2. Kalau aku buang sampah merata-rata kau akan bersedekah kat masjid.

3. Kalau aku mengumpat orang kau buat puasa sunat.

4. Kalau kau bergaduh dengan adik-beradik kau akan berzikir 1000 kali lepas solat.

Haaa, rasa cukup laa contoh aku bagi tu.Macam tu la. 
Kita tau syaitan ni sikap dia akan terus mengoda kita buat jahatkan maka setiap kali buat macam ni konon-konon syaitan akan pening nak goda kau apa lagi laa. 

Asal aku goda suruh buat ni manusia pergi buat amalan ni pulak haih.

Tu diaaaa laaa kan.Hahaha.

Jika kita tekad niat kerana Allah kita nak keluar dari kejahilan maka tak ada alasan kita tak mampu buat.

Kata kunci di sini ISTIQOMAH sebab tu aku cakap tadi kekuatan dalaman perlu kuat untuk gantikan tu, satu lagi JANGAN BERTANGGUH.

Satu kesalahan buat terus kau HUKUM diri sendiri. Jangan pulak hari ni aku tak mengaji  ok aku nak denda dengan bagi makan kat kucing jalanan. Pastu terdetik ehh esok laa aku denda yang ni. 

Jangann ya jangan... bila terbiasa macam ni nescaya untuk kau tak buat tu sangat tinggi. Sila BERDISIPLIN

Bagi aku perkongsian sahabat aku ni menarik dan nampak mudah, tapi ingat lawan nafsu itu perlu dan tahu tak mudah. Sekali lagi aku ulang kalau nak kita takkan bagi alasan.

Kita usaha sama-sama ya. Diri aku pun banyak khilafnya.Moga kita akan jadi manusia yang lebih baik. Aamiin.

JOM BUAT SAMA-SAMA !










BBM3410/18 : DRAMA KOREA PALING LAMA NAK MOVE ON

.
.
.


Kau rasa drama apakah yang buat aku meroyan tak habis-habis tu walau dah bertahun tengok. Kadang-kadang orang cakap aku ni 'over',hikhik...Nak buat macam mana tahap penghayatan aku tu super dalam tau tak.

Drama tu bertajuk SCARLET HEART RYEO . Siapa pernah tengok?

NI LAA DRAMA AKU HEBOH CITER TUUUUUU....

Drama ni berkisah tentang zaman Goryeo yang mana Hae So (IU) dari zaman moden secara tidak sengaja masuk ke zaman Dinasti  Goryeo tu maka terperangkap dalam konflik dan perjuangan putera-putera dari Wang's House.Di sana, dia jatuh cinta dengan Wang So ( Lee Joon Ki).



Kisah percintaan merentasi masa, kebiasaan dah laa KDrama punya cite kan..Aku tengok pun sebab ramai sangat puteranya,ahha...7 ORANG, pelakon aku minat  Nam Joo Hyuk walau wataknya dalam ni bukan utama.



Kenapa aku lambat move on? Memanglah dah biasa tengok drama Korea yang sedih-sedih macam Stairway to Heaven, Miracle in Cell No.7, Autumn in My Heart, Sad Love Story, Goblin dan blablabla....

Tapi secara peribadi aku tak pernah sesedih dan lambat nak hilang rasa tu, drama ni buat aku menangis bagai nak rak weii dan rasa hampa tu susah hilang Sebab satu demi satu watak dalam ni mati. Apa masalah entah hampir semua nak mati dan cinta tak kesampaian. Sakit tau tak.

1. Myung Hee meninggal lepas tahu suami sukakan perempuan lain iaitu Hae So tu laa.
2. Lady Oh meninggal demi selamatkan Hae So dan tak dapat mencintai Raja Taejo secara terang-terangan.
3. Raja meninggal selepas kehilangan wanita dia cinta.
4. Wang Eun meninggal bila baru je cinta berputik kepada isteri sendiri dan baru nak mula hidup baru.
5. Woo Hee tak dapat sempurnakan cinta dia dengan Baek Ah sebelum dia meninggal
6. Wang Wook baru menyedari dia cintakan isterinya selepas isteri meninggal dan tak sempat bagitahu.
7.Wang Won baru terlambat sedar dia cintakan Chae Ryung setelah wanita tu meninggal disebabkan dia.
8. Hae So tak sempat jumpa Wang So dan bagitahu dia cintakan lelaki tu sebelum meninggal.
9. Wang Jung sampai ke sudah tak dapat nak terus terang dia sukakan Hae so.
10. Wang So yang ni kemuncak sedih bila dia ditinggalkan semua orang termasuk adiknya yang paling rapat Baek Ah jadi sampai sudah dia sunyi selamanya.

Segala perjalanan citer yang banyak kehilangan nyawa dan cinta agak-agak gila tak tengok.Hahaha....

Pembunuhan demi pembunuhan terjadi pun sebab masing-masing tamak nak rampas kuasa nak jadi Raja, Gila kuasa weii. Tak sangka hubungan adik-beradik boleh sampai bermain darah demi tahta. Mula-mula elok je rapat, gurau lepas Raja Taejo meninggal semua kacau.

Yang tak boleh bincang tahap sedih watak utama Wang So, ditinggalkan macam tu je seorang. (Aku tak move on sebab ni laa). Sunyi weii tak tau nak citer kat siapa tahap kesian.Urmmmmm...

Sedangkan Hae So sebenarnya hidup lagi pada masa moden. Dan itu semua jadi aku rasa lepas dia lemas dalam tasik tu dan dia koma kot, tuu yang merentasi zaman Goryeo (pendapat aku) sebab tak diceritakan jelas yang ni, tapi Hae So zaman ni selalu mimpi buruk tentang mereka ni semua hingga menangis la walau dia sendiri tak faham kenapa selalu sangat mimpi tu datang.

Sampai satu ketika dia ke pameran gambar-gambar sejarah yang turut ada gambar Raja iaitu Wang So yang masa tu memiliki tampuk kepimpinan ayah dia Raja Taejo. Bila dia pandang gambar tu baru dia ingat memang dia pernah lalui sendiri apa yang dimimpikan tu dan kenal semua orang dalam mimpi dia tu. Sedih laa kan tinggal macam tu je kekasih hati yang hidup zaman tu dan selamanya sepi seorang diri. Nak gi cari tak boleh dah dunia lain-lain.

Macam dapat rasa kena tinggalkan semua orang dan jalani hidup tanpa orang tersayang. Sahkan keluarga, kekasih pun tak ada. Berair mata weh.


Itu laa puncanya aku tak mampu move on, lebih-lebih kalau terdengar lagu ost WILL BE BACK. Rasa macam lagu untuk kematian je berputar. Maka jangan sesekali dengar lagi kalau tak nak murung. hahahha..


Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18: GIGIHNYA AMBIK GAMBAR PROF KESAYANGAN

.
.
.

Masa cuti Midsem tempoh hari, aku ada citer kan kami sepakat satu kelas mintak Prof buat kelas secara online maka bermulalah tugasannya. 

Minggu ni hari Isnin 5 November 2018 di Tv Al Hijrah, Prof aku masuk TV oiiii.... dalam slot #bijaksiber . 

Jangan tak tahu aku pagi-pagi ni bukan jenis tengok sangat Whatsapp nak-nak lagi hari tu memang tak ada kelas maka kau rasa apa aku buat.Hahahhah....

Tapi nasib aku baik laa, tergerak hati nak buka. Terkejut beruk tengok dapat arahan kena tengok Prof Dr N aku ni live kat TV tu sekarang jugak...Berdesup buka laptop tengok live kat Youtube. Selamat sempat.

Dengan kegigihan yang dikerah sedaya upaya, ececeh... ayat tak gempak tak sah.

Snap..snap..snap laaa sampai penuh memori telefon jasa gambar cun Prof aku je,hihihi.....

Nasib baik laa Prof tak suruh swafoto dengan TV ke laptop ke tayang muka bahawasanya kami tengok Prof,kalau tak kantoi muka tak mandi lagi,hahaha.

Buat apa gambar-gambar ni?  Wajiblah masuk Instagram kami. Haah memang sem ni sangat-sangat kami gilakan famous,hahahha...

Tanpa membuang masa saksikanlah gambar yang aku rasa dah paling lawa sempat tangkap, bukan senang tau dalam tengak-tengah Prof cakap nak ambik, sebab dah kena warning jangan snap masa mulut dia terbuka, melopong ke apa.Hihi...

COMELKAN PROF DR NORMALIZA AKU,
BERSERI-SERI KATANYA MAKE UP ARTIS UOLLS



TU DIA ASHRAF MUSLIM JEJAKA PUJAAN RAMAI HOST DIA,
JADI SIAPA AKU NAK FOKUSKAN SEKARANG
PROF VS ASHRAF? 
Rancangan ni Prof di jemput untuk membincangkan tajuk Martabatkan Bahasa Melayu & Keharmonian Kaum. Dalam aku fokus kat Host tu dapat jugak tangkap Prof aku cakap. Kita orang Melayu penggerak utama kepada bahasa Melayu, kalau orang kita pun malu nak guna bahasa ibunda sendiri tambahan dengan kaum lain yang sah-sah bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bila laa bahasa Melayu nak berkembang. Jadi jangan malu-malu nak guna bahasa kita walaupun sedang bercakap dengan kaum lain.

Ayuh memartabatkan bahasa Melayu. BAHASA JIWA BANGSA !










Sunday, November 4, 2018

BBM3410/18: ASPURI SMKPK DI HATI

ASRAMA SMK PANGKAL KALONG




ASPURI gelaran untuk pelajar asrama perempuan. Mana-mana yang pernah duduk  asrama mesti tak asing panggilan ni. Aku memang penghuni tetap kat sini dari tingkatan 1-5. Umi yang pujuk suruh duduk asrama, aku masa ni rasa 50-50 je, baru habis UPSR nak kena duk jauh dari keluarga. Sekolah ni terletak di kawasan Ketereh alah nak kata jauh tak ada laa sebab aku tinggal kat Melor tapi jarak untuk aku ulang alik memang tak mengizinkan laa. Bayangkan aku kena pindah sini tanpa kawan sebab kawan semua akan ke SMK Melor iaitu sekolah sepatutnya aku pergi.

Ambik masa 2 tahun gak bermaksud tingkatan 1 dan 2 aku asyik ingat rumah je, malas je kalau 2 minggu balik nak kena mai sini azab weyyy rasa. Asrama ni memang ada ambil semua tingkatan, tapi akan di utamakan kuota kepada pelajar SPM dan PMR dulu. Jadi Tingkatan 1 pada masa tu cuma ada 3 orang tak silap. Agak tak ada geng tapi aku nasib baik ada seorang ni yang nama dia AMALINA, jadi kamceng dengan dengan je laa ke hulu ke hilir. PREP semua sebab budak SPM dan PMR malam dan petang ada kelas tambahan.

SEBELAH KIRI NI LAA KAWAN ASRAMA AKU TING 1 SAMA DULU KALI PERTAMA JUMPA KAT TANGGA
 DIA DATANG TEGUR
" AWAK FORM 1 KAN, KITA KAWAN OK"
TERUS DIA LARI NAIK BILIK MALU. KIH3.. COMEL BILA INGAT.


Selama 5 tahun duk sini, sah-sah banyak memori pahit dan manis, tapi yang banyak memang laa manis je ok. Aku mula jatuh cinta dengan asrama ni bila dah tingkatan 3 sebab masa ni geng-geng aku semua dah masuk asrama nak PMR kan.hiii... maka jatuh cinta tu tahap asrama bagi outing memang aku tak balik rumah dan minggu balik pun aku rasa malas nak balik.Haha tak balik mana aku nak makan????


Tanpa buang masa aku boleh kot mula dah panjang sangat mukadimah ni. Haha..tapi aku citer yang boleh je laa erk..sebab banyak sangat jadi sesetengah je aku cuba.

1. OUTING KEDAI WOK JEE...

   Kedai ni memang famous dengan pelajar sini,masa outing kebanyakan kawan sebilik aku memang jenis tak suka balik maka di sini laa menapaknya kami, apa kami suka? Aiskrim dia yang murah,haaa... jangan tak tau kat kedai Wok ni je kami boleh dapatkan cornetto RM 1 ok. Masa tu kan aiskrim tu tegah famous, Dekat je kedainya, lepas tulis nama kat pondok pengawal keluar beli sambil makan jalan-jalan tak pun kami makan sambil tengok TV kat bilik TV kami. Memang Wok pun ingat muka geng aku je menapak hujung minggu.Hehe..Sekarang dengar citer  kawan-kawan aku, Wok dah tak ada. AL -FATIHAH.

2. GADUH DENGAN BUDAK TINGKATAN 2

 Ni jadi masa aku Ting 5, Haha.. bila ingat rasa bodoh je.Budak ni kami panggil Dik Sha, budak ni tak duk sebilik dengan kami tapi memang rapat dengan geng bilik aku. Terutama aku dan Yana kawan aku. Mana ada kami dia pun ada, adoii rimas pun  yee gak. Tambahan lagi, dia ada laa gaduh dengan kawan baik dia maka sepanjang duk gaduh tu Dik Shaa ni tido bilik aku dan dalam ramai-ramai dia pilih nak satu katil dengan ku, adoi,, aku biarkan laa kesian.Tetapi yang buat aku bengang rupanya dia tido ganas weyy, kuak lintang, kena hempap nak2 lagi aku pernah laa jatuh katil sebab dia conquer katil bujang aku tu, Mak aihhh..panas weh, terus lepas tu aku sound cara lembut lagi yang aku tak suka. Senyap budak tu, adoi  jahat tol aku jujur sangat, lepas tu nampak laa dia berjauh hati tak mai kat geng aku dah. Tak sampai sebulan dia datang balik weh,,,ahhha. Nasib baik kami sayang, Muahhh...

3. KENA ROTAN DENGAN WARDEN
  
 Tak kena memang dia budak baik tol laa kan, tapi aku ni nampak je skema tapi dah berkali gak makan 'roti panjang' tu. Kali pertama kena Ting 2 sebab ikut akak Ting 3 yang malas turun surau. Berbirat tak pasal-pasal. Dengan terkejutnya serah tangan bila ustaz aka warden kami datang bilik dengan muka memcuka... yerla cuka takkan nak mai dengan muka bergula kan....tapi jangan sangka ku serik. hahaha.

 Aku buat lagi perangai tu masa Ting 3. Masa ni satu dorm aku tak turun surau + PREP. Lampu bilik kami buka laa, masa tu kami nak exam jadi masing-masing senyap dalm bilik bersama buku konon nak ulangkaji bilik tak nak turun. Sekali pintu di buka nampak rotan. Tercengang masing-masing, amik tudung berdiri tepi katil kena 1 das,,zup...... pedih ngilu weyy.


Turun laa kami tidak ke surau yee terus ke bilik PREP tak sanggup nak kasi muka yang baru kena rotan. Lepas tu masing-masing belek tangan urmmm gelak. Amik kau padan muka kan masing-masing.

Tapi kenangan tu laa yang best ye dokkk. LoL...

MUKA GENG KENA ROTAN..NAMPAK JE MUKA SUCI DALAM DEBU TAPIII.....


4. TELEFON KENA RAMPAS.. 

Benda ni jadi masa aku Ting 4, masa ni warden perempuan dah ada. Masa ni sekali lagi buat hal tak pergi surau, haah geng aku memang masalah ke surau agaknya sebab utama tak nak gi PREP. Bila gi surau memang kena laa gi PREP sekali sebab pagar tutup. Warden Perempuan ni ikut mood sikit kadang-kadang dia memang selalu ronda periksa budak tak turun surau + PREP tapi  kalau mood dia dia lepaskan je. Yang aku kena ni dah kantoi tak turun surau, tengah main telefon pulak. Jadi dia memilih untuk merampas dan biarkan kami tak turun surau.Haha.. 

Masa aku kena ni, timing canteekk je memang masa aku tengah baring sambil main telefon, dia datang tak sempat nak sorok sebab aku tergamam.Urmm terus dia amik dari tangan,Aku rela tak rela je. Lepas aku giliran telefon kawan aku pulak kena kebetulan tengah cas. Adoi...malam tu aku berdua kawan tu ke bilik warden tu nak merayu. Kali pertama aku kena, pertama gak aku merayu bagai nak rak supaya tak bagi kat pengetua telefon tu. Kalau tak akhir tahun baru aku boleh tuntut. Phewww... lepas kena sindiran pedas lembut hati gak nak bagi. Memang aku hantar balik telefon tu kejap.. lepas tu emmmm bawak lagi.Hahhah (MEMANG TAK SERIK)

5. SPOT CHECK

Asrama, biasalah benda ni.. tapi aku tak tau kenapa masa ada je spot chek mengejut ke apa mesti akan heboh,ada je yang akan dengar wartawan tak bertauliah mai cakap mungkin yang tak selamat bilik yang mula-mula laa kot, memandangkan bilik aku paling hujung jangka masa nak sorok tu memang sempat,Hahha..

Ingat lagi port kami bilik air kat bilik pili air yang kemain banyak lipas dalam tu selama ni takut nak masuk bila kelam kabut dengan beraninya masuk, 

Satu lagi dalam tin biskut yang penuh makanan, 

Kaki katil terdesak tuu kan boleh buka kaki katil masukkan telefon dalam tu,haha..

Atas tingkap tak pun letak luar tingkap dulu yang di masak jatuh tu memang satu hal nak panjat bangunan gi ambik,haha...

Stor simpanan bantal dan loker pun yee gak, tempat tu pergh bau dia hampak nak mampuih memang tak boleh bernyawa masuk kami redah nak sorok nak lagi cepat buat lubang lat tilam nah masukkan kat situ tutup dengan cadar.. aihh budak ni an tetiba jadi geliga bila masa spotchek weyy.. (saja nak pecah rahsia)

6. BEREBUT BILIK TV 
  
Benda ni jadi antara pelajar aspura dan aspuri, geng aku masa minggu tak balik rutin kami Jumaat malam tu dulu kan ada slot Mega Movie, citer omputeh yang best2 maka memang wajib kami tengok. Malam hujung minggu warden bagi kelonggar tak ada PREP, pagar tak tutup pukul 12 tepat. Tapi tu laa berebut sebab TV bilik aspura rosak memang tu punca kami asyik berebut nak tukar channel laa ape, last budak laki memang kena mengalah jugak hahah,, kan perempuan selalu nak menang, well... maka tengok laa sama-sama. 

Sebut hal TV, akan ada 2 rancangan kami akan mintak izin warden batalkan PREP semata-mata  nak tengok..

1- Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia.. nak2 dulu zaman aku sekolah The Red Warriors aka team Kelantan selalu masuk final. Bab ni kami aspura aspuri memang bersatu hati sama-sama tengok,yang tak suka bola pun jadi best sebab meriah, tapi bagi yang nak PREP teruskan laa.. geng aku?? Baik sikit buat kerja sekolah dulu,(sila percaya)

2- Rancangan ni, eksklusif untuk budak perempuan laa.. ANUGERAH JUARA LAGU.Malangnya di sini warden aku masa ni semua lelaki maka rasa-rasa Ustaz tu bagi ke,ahhhahh.... Ustaz macam nak tak nak je bagi. Memang ayat kami keluar " laki boleh tengok  kami nak jugak" kuasa ayat . Boleh laa kan...ahhaha tu pun pukul 10.30 lepas habis waktu PREP baru masing-masing congak kat situ. Urmmm  Ustaz kami tu kadang-kadang sporting jugak erk. Sekarang dah pencen rindu dia laa pulak,,, urmmm Rindu nak kena rotan ke?  Erkkk..

7. AKAK DEWAN MAKAN

Aku dan geng bilik ni jenis rapat dengan kak tukang masak tu, memang kadang-kadang selalu duk borak dan bergosip, hihi... sebab tu senang nak dapat makanan nak2 bahagian ayam kesukaan nak nasi lebih nak itu ini lebih. haaa... untung kan, haha....(tips sila mesra dengan akak kantin anda)

Akak-akak ni kaki sinetron wey... ingat lagi dulu masa drama Alisa pukul 2 an, tak silap aku ni. Kadang-kadang dalam bilik TV pun  geng aku PREP. Maka akak- akak ni laa aku jumpa duk bengang-bengang dengan drama dari seberang tu. Siap nak baling selipar tu sebab geram.ahhhhha...Adoi laa akak, nak tengok diri sendiri emosi. Sebab tu laa aku insaf dengan namanya sinetron.kah3...

Tapi aku tabik masakan akak-akan tu sedap weyy serius.Jangan tanya kenapa dulu asrama aku gemuk.


Sampai sini laa sesi imbas kembalinya, asrama? Seronok memang gila cakap tak seronok selama duduk macam-macam jadi dan kenangan gila-gila buat. Ni sebahagian je aku citer.Kalau nak imbas esok takkan habis jadi aku berterima kasih laa umi aku usaha pujuk aku duduk dulu sampai sekarang bila duk universiti yang lagi jauh ni boleh laa aku kawal emosi yang homesick ni kan.Hahhaa

Terima kasih warden, kawan-kawan satu dorm, akak dan mak cik kantin untuk semua kenangan manis tu semua. 

Jumpa cerita seterusnya apa pulak.




   


   



BBM3410/18: MOHON ISNIN KULIAH SECARA ONLINE

.
.
.

Kali ni nak cerita apakah???? Urmmmm.....sebabkan aku masih ingat tugasan Prof N dalam cuti pertengahan sem, hari ni yakni Ahad maka berakhirlah Midsem sila ingat kolej semua yee.

Minggu akan datang Minggu 8 kan, Isnin semamangnya kuliah macam biasa walaupun Selasa kami cuti Deepavali,Hihi..menarikkan semua cuti kami nak pulun tambah-tambah bila dah ada kat rumah. Macam-macam perangai yang keluar.Hahahaha. sabar la Prof kan pernah jadi pelajar jugak.Heheheh

Asalan kami?  Ada yang nak buat maruku laa, nak beraya jugak laa lagi-lagi  nak gi rumah terbuka uncle muthusamy la, rumah Gopal laa.. tetiba dari tak ada jiran India buat-buat ada kannn.Permohonan cuti ni kami pinta dengan harapan Isnin hanya ada kerja online je dari Prof.

Nak tahu apa arahan diterima?  Ambik gambar tangan buat OK dan post
dalam Instagram masing-masing berserta hastag #SayaMohonKuliahIsninSecaraOnline. Ada syaratnya tau? Wajib ada 80 pelajar cukup tanpa tertinggal seorang pun. Demi itu, kami pun sebulat suara buat beramai-ramai sebab nanti akan di periksa oleh Prof malam tu jugak.



NI LAA GAMBAR OK DARI KAWAN-KAWAN SEKELAS AKU COMEL JE SEMUA MACAM-MACAM BENTUK DAN GAYA DEMI PROF TERSYANG DAN DEMI CUTI.






DI CUMA SEBAHAGIAN JE TAU TAK KUASA AKU NAK SCREENSHOOT 
BANYAK-BANYAK

Ternyata malam tu memang Prof periksa dan like satu-satu, hah jangan main-main dengn Prof kami. 

Malam tu alhamdulillah dapat tugasan dari Prof arahan melalui Blog beliau berbunyi ayat-ayat yang buat hati kami yang mengharap itu turun naik je nak tahu keputusan. Ayat-ayat dia berbunyi macam ni sila rajinkan diri buka link di bawah :

http://aammwa.blogspot.com/2018/10/bukan-dia-yang-cantik.html

Prof ni memang kelakar dan sempoi baq hang.....hahhaha.  Dengan segala ayat-ayat dia tu ternyata tugasan diberikan  dengan sukacitanya kami perlu menonton TV ALHIJRAH tengok Prof kami dalam tu untuk ambik gambar Prof ok. Itu laa al kisahnya nak sangat kuliah secara atas talian,heeee....

Eh jap.... gambar OK versi aku tak belanja lagi kan..



TARAAAAA.......comel tak comel tak. Baik, sila puji. Terima kasih.hahaha


Ceritanya bukan aku saja-saja nak gi ambik OK kat sini erk, ni aku buka whatsapp tengok kat group kelas dapat arahan tu, kebetulan memang ada kat sana bawa kawan aku budak Nogori tu jalan-jalan sini jadi teruk snap laa...

Rasa setakat ini dulu laa, jumpa entri akan datang.....






Friday, November 2, 2018

BBM3410/18 : LAWATAN KE NEGERI SENDIRI PUN JADI LAA


Cuti pertengahan sem bermula..aku dah tahun akhir dan sem terakhir agak-agak penyakit aku yang homesick ni hilang tak demi bersama dengan UPM buat saat-saat akhir ni,Urmmmmm....semestinya

TIDAKKKKKKK

Baliknya aku kali ni bukan saja-saja tau tapi misi kenalkan kepada kawan aku dengan negeri tercinta iaitu KELANTAN. Kawan aku tu budak Nogori tu haa budak Bahau, kenal dia barulah tau nama daerah tu kalau tak aku tahu Seremban, Jolobu dan Kuala Pilah je. Hihihi. Lawatan ni dah lama rancang kali ni baru jadi maka bermulakah kisah 4 hari 3 malam kami.

Aku ni memang laa asal Kelantan, lahir pun sini tapi aku ni sejenis yang suka berjalan tapi disebabkan banyak halangan, rintangan, aral melintang, balak melintang segalanya laa (alasan) Nak jadi cerita bila kawan nak datang mestilah secara tidak langsung aku yang akan jaga petunjuk arah, jurubahasa dan segala macam. Rasa-rasa dengan aku yang tak berapa tahu ini mampu ke idokkk? Tapi aku redah je laa sebab berani lagi laa negeri sendirikan.

Kawan aku adalah buat permintaan ke sana sini, macam Pasar Siti Khadijah, Rantau Panjang, Pantai Senok dan lain-lain. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan dan rancangan kami mampu  tunaikan walau ada kurangnya maaf yee Kawan..ahha. Cuma agak terkilan salah satu tempat tak dapat di bawa sebab masalah pengangkutan Wakaf Che Yeh.Tak apa lain kali datang lagi kita pergi.

Untungnya kali ni, sebelum cuti Prof N ada bagi tugasan sempena cuti ni iaitu ambil gambar kampung dan hantar kat Instagram dengan #KampungKu maka lawatan ini bagaikan sambil menyelam minum air. Jangan pernah lepaskan peluang bergambar hanya semata-mata tugasan punya cerita.

Nah aku belanja sikit gambar-gambar tempat yang kami mampu pergi dalam masa yang suntuk tu yee...

Ni  PASAR SITI KHADIJAH memang popular laa bagi
orang luar yang datang tak sah kalau tak jejak sini. Tambah lagi tingkat jual kain,,Fulamakk,,,rambang mata dan duit akan lenyap macam tu je maka aku dan kawan cuma cuci mata demi tak habiskan duit wey,, Kesian tak? Adoii..

Ni RANTAU PANJANG tempat bebas cukai memang satu-satu tempat yang kalau orang Kelate memang wajib kenal nama tempat ini. Ini dah bersempadan dengan Thailand jadi barang-barang kat sini memang kebanyakan dari sana. Menariknya sini kawasan bebas cukai harganya mungkin agak murah tapi atas orang laa cuba datang baru tau. Sini jual apa? Macam-macam dengan pakaian, jersi, periuk belanga, toto macam-macam laa. Kalau bawak mak-mak memang jenuh menunggu,Hahaha.. Sabarlah kata sayang Mak kan...


Siapa pernah dengar Nami Island kat Korea tu, Haaa...jangan cakap Kelate tak ada,hiiii....
Ni namanya PANTAI SENOK terletak di daerah Bachok.Pantai ni popular sebab pokok-pokok di sini bila banyak dan tersusun lawa laa kan. Ramai jugak yang buat photoshoot kat sini pre-wedding, pre-konvo nasib pra sekolah tak, Kahkahkah...Bagi yang teringin nak pergi Korea tu nak berangan dulu boleh laa mai sini. tak salah berangankan..Moga tercapailah,Hahaha..

KOTA SULTAN ISMAIL PETRA dalam bandar Kota bharu je dekat jugak dengan Masjid Muhammadi. Kat sini umpama landmark Kelantan laa. Aku sempat pergi malam kalau siang lagi lawa untuk bergambar tambah adanya Pintu gerbang ke sini.

Ini PANTAI IRAMA jugak berada dalam daerah Bachok aku dan kawan singgah sini sebab nak isi perut yang mula nyayikan lagu Rock,Huhu
Silalah datang pekena  Mee Celup(Mee Sup), makanan bergoreng dan air kelapa, Memang syok habis tambah-tambah lagi Mee tu, selama ni datang tak tahu ada tempat sesedap tu. nak tahu warung mana PM tepi.Hahha.. Tak ada nombor? pandai-pandailah..

Kat atas semua tempat tetiba ni mai tang makanan. Bukan nak cakap apa laa ini memang kegemaran aku sejak kecil weyy.. Oh My God nikmat dia lain macam, selagi tak habis memang duduk je situ. Ni namanya ETOK SALAI kawasan pantai timur benda ni memang dalam senarai korang patut cuba.Semestinya kawan aku tu pun aku paksa dia rasa. Tapi nampak gaya nampaklah kepayahan dia nak bukanya, tapi skill Umi aku dah ajar tak apa lain kali akan Pro laa tu.

Cukuplah aku mampu belanja sikit-sikit je ok, nak tahu Kelantan best ke tak cuba datang, walau kami tak adalah Pulau yang indah terbentang dan tempat yang super duperr menarik macam tempat lain tapi kami kaya dengan makanan sedap-sedap. Di sini memang syurga makanan dan warisan Kelantan yang tak pernah hilang. Selamat melawat Kelantan ok..

Moga kawan aku berpuas hati dan sila datang lagi ok, akan datang aku bukan nak kawan aku tu datang melawat je tapi sila menetap sini terus ok.hahahha....Katanya dia mampu nak tinggal sini lepas usha Mall sini katanya. sebab kaki shopping dengan Mall mana boleh terpisah.Hiiii 


Jumpa entri akan datang pulak.




Review Buku : Aku Dia dan Pinky Promise_Extend Version Step Back

Assalamualaikum..Hai... Terus pada topik aku nak review  buku yang pada aku sangat UNIK. Dah diadaptasi ke drama nanti boleh tengok.....