Entri ini akan menceritakan tentang sejauhmana kita merancang tapi Allah jua yang putuskan jadi ke tidak. Ini sambungan entri aku yang pertama bertajuk INILAH TENTANG KU.. sebab aku ingat jadi aku ceritakan laa..agak panjang kalau malas baca sila jangan. Jangan cakap aku tak bagi amaran.hii
Ini kisah perjalanan aku macam mana boleh berada di UPM dengan jurusan yang tidak disangka..Kesilapan itu akan membuahkan kejayaan jika kita sedar dan perbaiki namun kejayaan kita impikan tidak akan selari dengan apa kita dapat kerana kita mampu merancang Tuhan yang tentukan. Sejak terjun dalam bidang bahasa ini suka pulak aku bermain ayat.Haha..
Aku asalnya berjaya masuk aliran sains tapi bila sekolah bagi tempoh percubaan sebelum nak tukar maka aku cuba laa, tapi fikir kalau aku teruja hanya pada subjek Biologi tak guna kalau lain-lain suam-suam kuku. Jadi aku mintak turun ke aliran akaun. Atas nasihat cikgu aku buat keputusan turun kelas.
Jadilah aku SPM budak sains ikhtisas a.k.a budak akaun, silap aku dulu kenapa aku tak mintak turun kelas lagi sekali, ahhha sebab aku bukan minat sangat tapi teruskan juga. Kalau masuk je kelas SASTERA kang senang.. Mesti lancar perjalanan nak capai cita-cita itu, segan nak jumpa cikgu berapa kali nak turun weh.hahaha.
Maka teruskan jugak sampai SPM Cita -cita aku nak jadi cikgu pendidikan khas. Cita-cita aku pupuk dari darjah 6. Sejak itu cita-cita aku dah tak tukar. Hiii.. biasalah budak-budak asyik tukar je cita-cita. Tapi ini aku nekad nak. Tambahan lagi, sekolah aku pada waktu tu kali pertama terima budak pendidikan khas. Aku suka tengok gelagat mereka, masa rehat je aku keluar gi main-main dengan mereka dan lalu kelas-kelas mereka tengok cikgu mengajar.
Silapnya masa SPM aku tak faham sistem IPT bagi pengambilan pelajar ini.Aku isi upu dan aku nak ke UPSI sebab nanti ijazah baru boleh aku ambil kalau nak jurusan itu. Isi punya isi jalan yaang aku nampak. Rezeki tak memihak pada aku mungkin. UPSI bukan ditempat aku. Aku ditawarkan ke Uitm, Machang, Kelantan dengan Diploma jurusan perniagaan.Memang laa dah itu aliran aku dulu.
Umi, ayah memang suka laa anak nak masuk IPT, tapi hati aku macam takut cukup laa aku buat silap dulu ambil aliran SPM. Aliran aku tak minat ini nak buat diploma pulak. Sakit weh.Bila tengok muka ibu bapa ni agak serba salah. Dalam aku tengah buat persiapan apa patut untuk terima Uitm tu , aku ditawarkan dengan STPM. Aku pergilah bank Islam untuk buka akaun bagi urusan ke Uitm tu. Aku dah tak sedap hati, dari rumah aku perang dengan diri betul ke aku buat. Dalam masa sama aku tanya En. Google hal STPM. Ternyata banyak manfaatnya aku tertarik. Bila dah menapak dalam bank isi je tapi tak tahu kenapa 2 kali aku silap isi dengan muka tahan malu asyik mintak borang baru je. Huuuu..
Balik rumah aku masih fikir, selagi aku tak lapor diri baik aku fikir. Balik rumah aku memang kaw kaw mengadap cari hal STPM semua blog hal itu aku buka maka dengan kata hati aku buat keputusan. Aku ada peluang lagi nak jadi cikgu ppki ini. Aku cuba bincang dengan umi ayah nak cakap aku tak nak gi Uitm itu, alhamdulillah mereka faham dan sokong keputusan aku.
Bermulalah aku jalani hari-hari dengan jadi pelajar tingkatan 6. Pada aku satu pilihan yang sangat berbaloi. Alhamdulillah dengan keputusan itu aku boleh banyak pilihan nak isi jurusan apa pun, tapi pilihan pertama memang wajib laa Sarjana Muda Pendidikan( Pendidikan Khas) kali ni aku pilih UKM. Disebabkan di STPM aku mula rasa bahasa Melayu agak susah , ya kali pertama aku fikir BM ini tak senang.ahhah...jadi bahasa Melayu cuma jadi pilihan bawah-bawah sahaja. Aku lepas Medsi dan layak untuk temu duga dalam jurusan aku idamkan. Namun, sekali lagi aku diuji keputusannya sangat-sangat bagi tamparan dalam hidup aku. Benda yang aku dah genggam tapi terlepas.......Bila Allah cakap tidak maka tidak lah.
Ya, aku tak berjaya sedangkan temu duga itu umpama selangkah kaki dah kat sana. Bermula di sini aku jadi kemurungan. Aku memberontak sendiri, aku jenis tak suka cakap dekat siapa-siapa. Bukan jenis aku bercerita walau dengan keluarga. Dengan segala aku usahakan selama duduk tingkatan 6 aku usaha bagai nak rak sebab fikir nakkan sambung belajar bidang itu. Tapi habuk pun tak dapat sebab pilihan aku yang lain turut tak dapat. Berdosanya aku menafikan ketentuannya. Manusia macam nilah. Sungguh berdosa masa tu aku persoalkan macam-macam, merajuk dengan Allah. Astagfirullahalazim..tanpa aku sedar ia jadi rupanya.
Cikgu dan kawan-kawan aku pelik aku tak sangkut walau satu pun IPT. Dah laa temu duga tak dapat, IPT yang lain pun tak dapat. Mereka pelik, jadi aku dekat rumah masa itu apa patut reaksi aku. Aku banyak duk berkurung dalam bilik, suka duduk sendiri, malas nak bersosial,termenung fikir hal temu duga yang aku tak lepas itu. Kali pertama aku down seteruk itu. Depan keluarga aku cuba sedaya upaya buat-buat tak ada apa-apa. Aku ok kononnya. Bahayanya benda ini ia datang tak menentu bila-bila saja kau akan teringat.
Selama aku keadaan macam itu, ingatan temu duga itu datang masa makan, menonton, borak dengan orang. Malah aku benda tu melintas masa aku tengah membeli, sampaikan mak cik kedai panggil aku nak bagi baki aku duduk menung depan dia aku tak sedar. Paling bahaya, waktu melintas jalan. Bayangan itu datang tengah melintas kau boleh berhenti tengah-tengah jalan dan termenung. Gila kalau orang pandang wehh... selamat tak kena langgar,huuu...kalau tak arwah. Yup bayangan itu umpama kilat zapp je terus aku akan berubah sikap. Kalau aku jalan tetiba berhenti dan termenung pun pernah weyy. Benda tak paksa pun bayangan itu mesti datang. Malam nak tidur teringat menangis je kerja, memang sepanjang malam nak tidur menangis laa jadi mimpi ngeri pun hal itu. Hati aku sakit weh. Aku dah tak macam orang jasad ada hati aku merawang entah ke mana. Adakah aku patut jumpa psikiatri.hahha.. tak laa boleh diselamatkan lagi ni.
Semua ini jadi hanya sebab aku dah rasa tak tentu arah mana aku nak pergi lepas ini. Aku rasa hidup aku dah tak ada cahaya lagi. Masa depan aku dah gelap hanya disebabkan benda ini. Sampai tahap kawan baik aku banyak bagi motivasi untuk aku tak jadi lebih teruk. Aku muhasabah banyak-banyak. Minta ampun dengan Tuhan, sangka baik dengan Allah dan dekatkan diri dengan dia itu ubat untuk mental aku tengah sakit itu. Mental aku dah rabak sebenarnya tak boleh terima takdir. Terima kasih kawan kerana semangat dan pujukan mu itu buat aku sedar sikit demi sedikit aku perlu muhasabah.
Dalam paksa rela aku isi rayuan dan memilih UPM dengan salah satunya, jurusan Bahasa dan Lingusitik Melayu ini. Dengan segala kepercayaan aku dengan Allah kebergantungan secara total aku sandarkan. Apa-apa keputusan lepas ini aku janji dengan diri teruskan lapang hati jangan lagi nak persoalkan bila Allah dah letak titik.
Aku duduk depan laptop nak tengok keputusan ambilan kedua. Kali ini aku tenang tak macam sebelum ini. Mungkin sakit sebab mengharap dengan jalan yang salah itu buat aku sakitkan diri sendiri hingga kemurungan itu. Aku tak nak jadi macam itu lagi, kali ini aku positif apa pun yang mendatang aku terima. Alhamdulillah keputusan itu buat aku senyum puas. Aku dapat UPM, universiti yang tak pernah dalam fikiran aku akan di sini dengan jurusan kau sombong sangat tak nak.hahha... Dalam perjalanan ke sini, ujian murung itu menyedarkan aku untuk kembali pada Dia dalam semuanya.
Susah aku nak lupa sebenarnya tahun pertama di UPM ni, kalau ada orang tanya hal perjalanan aku masuk sini maka terbukanya kisah ni tanpa aku paksa aku menangis depan kawan aku. Ya, aku terkenangkan kisah ni lagi rupanya tapi sekarang dah tahun akhir aku kat sini. Kalau aku cerita kat orang pun air mata dah tak mengalir macam sebelum ni. Jadi aku rasa aku dah boleh terima kan. Hehehe...REDHA itu payah tapi kita kena paksa belajar.
Allah suka kita bergantung pada doa, kita ini hamba. Merancang sungguh pun ingatlah jika Allah tak sebut Kun Fa Ya Kun maka ia tak jadi jugak. Kuasa doa dan pengharapan jangan dibuat main. Aku dah rasa sendiri, kisah ini sangat-sangat bagi aku sedar tentang kuasa Allah. Ini perjalanan hambanya bernama Nor Hasmida Binti Hilmi. Dengan semua yang jadi akhirnya aku jumpa dengan ayat al quran ini yang berbunyi....
|
Pegang ayat ini nescaya kita akan belajar redha |